“Hanis, apa yang kamu berkhayal lagi itu? Cepat ke sekolah!” tempik ibuku.
Aku asyik merenung patungku yang comel. Alangkah indahnya kalau aku menjadi sang patung yang comel.
“Hanis,apa yang kamu tunggu lagi? Cepat!“jerit ibuku lagi. Terkejut aku dibuatnya, maka aku segera bersalaman dengan ibuku.
*****
“Her, cuba engkau bayangkan aku jadi patung. Comel betul.”
Seperti mahu termuntah Heryna apabila ayat penyata yang dituturkan oleh Hanis sebentar tadi.
“Urgh, Ha. You made me vomit just now,” sindir Heryna.
“Tidak muntah pun. Koridor ini langsung tiada bau busuk,” sindir Hanis balik.
“Ha!“jerit Heryna.
*****
“Little do you know how I’m breaking while you fall asleep.” Hanis menyanyi dalam hati. Patung yang diberi nama Hanna direnung.
“Kalau aku menjadi patung mesti seronok.” Sekali lagi ayat itu meluncur daripada mulut Hanis. Tiba-tiba angin yang berwarna biru dan merah jambu menyelubungi.
*****
‘Eh, aku di mana? Kenapa aku tidak boleh bergerak?’ detik hati Hanis. Tubuhnya tidak mahu langsung memberi kerjasama untuk menggerakkan tubuh yang kaku lagi beku.
“Lazhul, mana anak kita?” Kedengaran suara ibuku.
“Mama!” jeritku, tetapi tidak mampu didengari. Oh, malangnya.
“Saya tidak tahu, tetapi saya lihat tadi dia masuk ke dalam bilik dia. Mungkin tidur,” balas ayahku.
“Tapi tiada! Saya risau ini Laz,” kata ibuku.
“Haz, jangan risau. Dia mungkin sedang berjumpa kawan dia. Anak kita itu memang suka keluar tanpa kebenaran.” Ayah cuba menenangkan ibu.
Aku cuba bergerak sekuat hatiku. Sedaya yang mungkin. Aku mula bergerak sedikit demi sedikit. Alamak! Aku terjatuh. BANG!
“Laz, apa benda itu?” tanya ibuku sambil memulas tombol pintu.
“Eh, ini anak patung Hanis. Nama dia Hanna, bukan?” tanya ayahku.
“Apa? Aku jadi Hanna? Tidak! Sudahlah aku tidak mampu makan dan semua lagi.” Aku meracau-racau seketika. Huh, kalau aku tahu begini nasibku, aku tidak mahu. Tidak sanggup aku!
*****
“Hanis, kenapa meracau-racau ini?” Oh, aku dengar suara ibuku.A ku terbangun.
“Tiada apalah, ibu,” jawabku. Ibuku terus berlalu pergi .Okey,sampai di sini sahaja keinginanku mahu menjadi patung. Stop it! It was scary! Huh, leganya hatiku.