Certot

Alam Bercahaya Disumpah

Hasil nukilan Safiya Fany 4 years agoFantasi 105

Nadiah terkejut apabila dikejutkan dengan bunyi yang nyaring. 

‘Bunyi apakah itu?’ katanya dalam hati.

Nadiah menggosok-gosok matanya beberapa kali. Kelihatan seorang wanita berambut panjang berada disebelahnya. 

“Sia… siapakah… ka… ka… kamu da… dan me… meng… mengapakah sa… saya disini?” tanya nadiah dengan nada yang gagap. 

Lembut wanita itu menjawab, “Sayalah Pemaisuri Qarissa yang memerintah alam bercahaya ini.”

Nadiah berasa sedikit tenang apabila mendengar penjelasan daripada pemaisuri itu. 

“Tetapi permaisuri, mengapa alam ini kelihatan gelap sedangkan kamu kata ini alam bercahaya?” tanya Nadiah dengan nada yang agak pelik. 

“Hmm… memang sebelumnya ini alam yang bercahaya, tetapi kedatangan seorang ahli sihir yang bencikan cahaya telah menyumpah negeri ini sehingga menjadi gelap.”

“Oh, begitu. Jadi bagaimana saya hendak pulang, wahai pemaisuri?“Nadiah semakin bingung apabila mendengar kata-kata pemaisuri itu tadi. 

“Hanya ada satu cara. Kamu harus mencari bunga tujuh warna dan balutkannya dengan potongan rambutmu yang panjang itu  dan balinglah ke arah ahli sihir itu. Kerana itulah kamu dihantar ke alam ini,” kata pemaisuri dengan menundukkan wajahnya.

“Bagaimana saya ingin mencari bunga itu?” tanya Nadiah. 

“Tutuplah matamu dengan menyebut ‘hantarkanku ke bunga tujuh warna’ dan hanya kamu sahaja yang mampu lakukannya. Ambillah tongkat ini untuk memotongnya.”

Nadiah segera menutup matanya lalu menyebut, “Hantarkanku ke bunga tujuh warna.” 

Nadiah perlahan-lahan membuka matanya dan kelihatan bunga tujuh warna itu berada di depannya. 

Tiba-tiba kedengaran suara garau berkata, “Aku takkan memberikanmu mengambil bunga itu dengan mudah!” 

Pandangan nadiah segera beralih ke arah ahli sihir itu. Nadiah mengeluarkan tongakat itu dan mengambil bunga itu dan terus balutkannya dengan potongan rambutnya lalu dibalingkan ke arah ahli sihir itu.

“Tidak!“jerit ahli sihir itu dengan kuat.

Maka berakhirlah sumpahan itu. Segala benda yang gelap telah kembali menyerlah secerah-cerahnya. Kelihatan satu cahaya ganjil datang ke arahnya iaitu cahaya pemaisuri Qarissa.

“Terima kasih Nadiah, kerana telah menyelamatkan negeri ini. Kamulah pahlawan yang terhebat,” puji pemaisuri Qarissa.

“Sama-sama, pemaisuri. Saya lakukan ini bukan apa saya hanya mahu pulang dan sekali gus dapat membantu negeri ini walauapapun saya pulang dahulu,” kata Nadiah dengan ikhlas.

“Nadiah, nadiah bangunlah. Kau tak nak balik ke?” tanya kawannya.

‘Ehh, ternyata aku hanya bermimpi,’ kata nadiah dalam hatinya. Tetapi mengapa ada tongkat yang digunakan dalam mimpi itu tadi dalam genggamannya?


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: