Certot

Aku Mahu Jadi Miss Instagram

Hasil nukilan Nurin 4 years agoFiksyen 1

Aku sudah mendapat keputusan peperiksaan UPSR. Alhamdulillah, aku mendapat 6A dalam peperiksaan tersebut. Sekarang sudah lepas UPSR, aku boleh aktif dalam Instagram semula. 

Aku agak gembira sedikit kerana aku dapat aktif dalam Instagram, tetapi aku berasa sedikit tertekan kerana followers aku semakin sikit sampailah kosong.

“Mimy, nak tahu tak….” Salena baru sahaja ingin menyambung, tetapi Mimy terus menukar topik.

“Salena, saya dah glamor di Facebook. Saya tahu di Instagram saya tidak terkenal lagi. Yang itu saya tidak kisah sangat.” Mimy bercakap dengan gediknya dengan meletakkan kepala di atas tangannya seperti berangan di pantai.

“Oh, saya cuma mahu cakap budak baru itu, Farisha sudah menjadi lebih terkenal daripada awak. Saya sebagai kawan awak ni cuma mahu awak lawan dia.” Salena bercakap terus terang dengan melihat ke atas.

“Okay.” Mimy tersenyum sinis.

***

“Hai Farisha, hari itu awak jadi Miss Olahraga, bukan? Tapi kenapa awak nak jadi Miss Instagram pula?” Mimy hanya bertanya, tetapi gayanya seperti ingin membuli Farisha pula.

“Hai, saja saya mahu terkenal di Instagram. Apa masalah awak?” Farisha sedikit menjelingkan matanya kepada Mimy, orang yang terkenal sekali di Instagram sampaikan The Wannababes kalah walaupun mereka orang yang paling popular.

“Awak mahu kalahkan saya ya?” Mimy bersangka buruk. Mimy menunjukkan jari penunjuknya kepada Farisha tanda amaran.

“Saya tidak faham dengan awak.” Farisha menggelengkan kepalanya.

“Awak buat tidak tahu ya. Sebenarnya, sayalah orang yang paling popular di Instagram. Tetapi bila kehadiran awak, harapan saya hancur.” Mimy berdrama di depan Farisha di dalam kelas yang tiada murid lain.

“Oh, saya tidak tahu pula. Orang itu yang follow saya, bukan saya paksa. Lantak awaklah mahu fikir begitu.” Farisha meninggalkan Mimy berseorangan di dalam kelas itu.

*****

Mimy sampai di rumahnya. Mimy hanya memberi salam dan terus masuk ke dalam rumah dengan muka yang masam kerana bengang dengan Farisha. Farisha meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi di biliknya yang berwarna merah jambu lalu pergi mengambil telefon bimbitnya untuk melihat sebentar bilangan pengikutnya di dalam Instagramnya.

“Hishh… bagaimana sampai kosong terus follower aku ni? Mesti sudah lari ikut si Farisha itu.” Mimy bercakap berseorangan di dalam bilik tidurnya. Dia melihat pula profil Farisha.

“Kenapa semua follower aku dulu dah ikut Farisha. Kalau nak follow Farisha pun tapi kenapa sampai tidak follow aku dengan dia terus? Pelik.” Mimy menggaru kepalanya lalu membuka tudung yang disarungkan atas kepalanya itu.

 Tiba-tiba suara seorang wanita berbunyi iaitu ibu Mimy, Puan Zalati. “Buat apa itu?” Puan Zalati datang pada anaknya.

 “Tidak ada apa-apa,mama.” Wajah Mimy kelihatan sedih sedikit.

 “Macamlah mama tidak tahu. Buat apa mahu popular dalam media sosial? Mama tidak popular pun dalam apa-apa media sosial, tettapi mama ramai kawan. Media sosial ini tidak elok sebenarnya. Kalau kita guna dengan betul, tidak salah tapi anak mama ini sudah menghadap skrin telefon sahaja duduk layan Instagram.”

 “Mmm… Mimy janji nanti Mimy akan tidak peduli lagi apa-apa media sosial. Dulu Mimy rasa bersalah tetapi tiba-tiba Mimy mahu layan balik Instagram. Mimy akan layan mama dan orang lain dengan baik sebab sebelum ini Mimy tak layan orang lain langsung.” Mimy memeluk ibunya dengan penuh kasih sayang.

 Semenjak itu Mimy menjadi mesra dengan kawan-kawan dan keluarganya. Mimy baru sedar bahawa media sosial itu boleh memutuskan hubungan antara keluarga dan orang lain.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: