“Montel sudah datang! Ah, gergasi dengan king kong pun boleh lari kalau jumpa dia,” gelak Elly.
Lana, seorang gadis 10 tahun yang berbadan gempal sering kali diejek oleh rakan-rakannya terutama sekali, Elly.
Lana berlari ke tandas lalu menangis mengenangkan nasib.
“Mengapa mereka begitu jahat? Lana gemuk sangatkah?” tanya diri Lana.
Setelah beberapa minit menangis, Lana keluar dari tandas. Alangkah terkejutnya Lana, apabila dia berada di sebuah alam yang dipenuhi manisan.
“Tidak! Ini mainan syaitan!” kata Lana.
Lana ke arah sebuah Kedai Manisan yang bernama, Nak diet?
“Selamat datang, cik,” kata seorang pelayan.
“Cik mahu kurus?” tanya pelayan itu kepada Lana.
Lana hanya mengangguk.
“Oleh kerana cik pelanggan pertama saya, cik boleh makan gula-gula diet ini secara percuma,” kata pelayan itu.
“Saya tidak mahu manisan! Manisan membuatkan saya bertambah gempal!” kata Lana.
Pelayan itu menolak Lana sehingga Lana jatuh. Pelayan misteri itu memasukkan beberapa gula-gula diet ke dalam mulut Lana.
“Jangan! Jangan!” jerit Lana merayu.
Lana membuka matanya. Lana sedang berdiri di hadapan cermin tandas.
Badan Lana kurus! Tidak gempal! Lana mencuit dan menumbuk pipinya.
“Ouch! Saya tidak mimpi!” kata Lana.
Lana keluar dari tandas. Elly belum pulang. Elly ternganga.
“Bagaimana awak boleh jadi kurus?” tanya Elly kepada Lana.
Lana tergelak kecil. Sejak peristiwa itu, Lana tidak diejek lagi.
Terima kasih Dunia Manisan Diet!