Bella mahu jadi apa? Mahu buat apa? Oh! Ada Instagram masuk! Bella menatap telefon bimbit jenis IPhone 6S dengan khusyuk. Sebagai mana dia khusyuk membaca novel remaja Ain Maisarah, begitu jugalah khusyuknya dia membaca Instagram.
Azri Jr. following you.
“Apa? Azri following me? Kemudian tiba-tiba tersenyum.
Bella baring di atas tilam empuknya yang mahal. Bella menarik selimut dengan wajah tersenyum manis. Semanis gula. Tanpa Bella sedar, dia tidak melelapkan mata sebaliknya….
Bella membuka matanya. Dia tidur di atas lantai. Sungguh tidak disangka-sangka oleh Bella! Dia adalah anak tunggal Tan Sri Hazim. Tidak mungkin akan tidur di atas lantai.
“Tuanku, tuanku okey? Boleh Lily tolong?” Seekor pari-pari kecil terbang mengelilingi badan Bella. Pari-pari itu bernama Lily. Juga ada kembar bernama Lala.
“Saya di mana? Adakah saya sudah masuk ke Alam Barzakh?” Tidak disangka-sangka oleh Bella. Dia di dunia Caroline!