Certot

AKU MAHU BERJAYA!

Hasil nukilan irdina sarah ^_^ 7 years agoFiksyen

Hasnah seorang anak tunggal dan anak yatim. Ayahnya telah meninggal dunia dua bulan lepas akibat penyakit strok. Bagi menampung perbelanjaan, persekolahan Hasnah dan pemakanan mereka, ibu Hasnah menjahit bagi mendapat sedikit wang untuk perbelanjaaan mereka. 

Hasnah tidak mempunyai ramai kawan. Dia hanya mempunyai kawan bernama Liya dan Aishah. Di sekolah, mereka sering diejek kerana pemakaian mereka dan kerana mereka orang kampung. Mereka pun tidak pandai dan sering gagal kerana ejekan kawan-kawannya.

Satu hari, mereka menerima pelajar baru yang bernama Cindy. Dia sangat cantik dan pandai orangnya. Hasnah tidak percaya Cindy duduk di sebelahnya dan berkawan dengannya. Hasnah memberitahu kepadanya tentang masalah yang sering berlaku kepadanya. Cindy berjanji untuk menolong mereka. Cindy pun menolong mereka untuk lulus peperiksaan UPSR bulan hadapan.

Semasa keputusan UPSR keluar, Hasnah mendapat 4A dan 1B, manakala Cindy 5A, Aishah dan Liya pula telah mendapat 2B dan 3A. Mereka gembira dengan pencapaian mereka. Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: