Klik! klik!
“Nur Sarah Batrisyia, tolong berhenti selfie!” Suara Encik Arif tiba-tiba sahaja bertukar menjadi seperti harimau jantan.
“Alah, ayah ini handphone saya. Jadi, saya boleh melakukan apa-apa sahaja.” Sarah pula tidak mahu mengalah dengan ayahnya.
“Pandai menjawab!”
Sarah berhenti menangkap gambar dan masuk ke dalam biliknya, lalu menutup pintu itu dengan kuat. Hampir 90 peratus pintu biliknya itu pula hampir tercabut. Dalam biliknya, dia kemudian post gambarnya ke Facebook dan akaun Instagramnya.
Nur Sarah Batrisyia seorang bintang yang amat gila selfie dalam masa 24 jam. Dia tidak membuat kerja rumah kerana asyik berselfie sahaja. Encik Arif dan Puan Siti berusaha mengubah Sarah, tetapi dia terlalu obses dengan selfie.
******
Kring! Kring!
Loceng menandakan pada waktu 7.05 pagi. Bagi Sarah, loceng itu hanyalah sekadar perhiasan di dalam biliknya. Dia langsung tidak ambil kisah. Maklum sahaja, dia anak Tan Sri. Dia boleh melakukan apa sahaja. Dahulu guru di sekolahnya pernah kena saman dengannya.
“Sarah, bangun!” Puan Sri beberapa kali mengulang perkataan sama. Akhirnya, puan sri mengamuk dan dia memukul bahu anak perempuannya.
“Lalala….”
“Selamat pagi, Miss Joey.” Relaks sahaja Sarah. Miss Joey pula menjeling tajam.
******
Suasana di kelas 6 Cool, iaitu kelas paling tercorot di antara kelas yang lain. Ada yang sedang bersembang, bermain, dan macam-macam karenah ada lagi. Tiba-tiba mereka tidak perasan guru displin, Encik Helmi datang.
“Murid-murid, sila duduk. Ada perkara penting cikgu mahu cakap dengan kamu semua sekarang.”
“Sarah, kamu bangun sekarang.”
“Saya tahu kamu ada post gambar di Facebook dan Instagram, bukan?”
“Ya, cikgu. Mengapa?”
“Kamu tahu kesan kamu menghantar gambar kamu itu? Kamu tahu apa yang telah terjadi? Gambar itu telah ditukar dalam badan anjing hutan.”
“Serius, cikgu?”
“Saya memang post gambar dalam Instagram. Tetapi, cikgu tidak payah bersusah-susah mahu menipu saya kerana 24 jam saya buka Instagram.”
“Sudahlah, Sarah. Kalau kamu tidak percaya,b alik rumah nanti kamu boleh buka Instagram kamu itu.”
“Yalah, cikgu.”
******
“Apalah Cikgu Helmi, mahu menipu aku itu agak-agak sikit. Siapa yang mahu cemburu dengan gambar aku.”
Sebaik sahaja membuka Instagram, dia melihat gambar selfie yang dipost olehnya telah menjadi gambar paling terhodoh di dunia. Ada beberapa orang yang telah menukar gambar Sarah menjadi anjing. Sarah pula malu dan mahu sekat instagram orang itu. Malah, gambar itu tidak boleh dibuang.
Sejak peristiwa kejadian itu, Sarah menutup Instagramnya itu. Dia mula berdisplin dan tidak lagi melupakan solat. Malah, markah ujiannya telah pun tinggi. Tan Sri Arif dan Puan Sri Siti amat gembira dengan perlakuan Sarah sejak-sejak ini. Ingat, kawan-kawan jangan sekalipun kita selfie terlampau. Manalah tahu, mungkin orang cemburu dengan muka kita dan mahu mengenakan kita.