Certot

AIR OREN!

Hasil nukilan Syahkitty 7 years agoFiksyen 29

 ‘Ah, leganya tekak aku,’ detik hati Lyhani. Tiba-tiba air oren yang belum sempat dihabiskan telah dilanggar. Sudahlah tekakku haus. Lelaki yang menolak air orenku itu meminta maaf berkali-kali. Dia mahu membelikan air oren baru untukku.

“Tidak apalah. Setakat air oren sahaja,” ucapku kepada lelaki itu.`

“Saya Hazrulfiz. Boleh panggil saya Fiz,” balas lelaki itu. Sopan sungguh jejaka ini! Muka jejaka yang tampan itu juga menambahkan pakej lengkap jejaka itu.

“Cik, maafkan saya. Di sini ada tempat untuk bersolat?” tanya jejaka itu.

“Entahlah. Rasanya ada. Cuba tanya pekerja di sini,” balasku dengan sopan juga. Takkanlah mahu dimarahi. Nanti dianggap gila pula! Oh,sungguh berpakej sang jejaka ini!”

“Cik, siapa nama cik?” tanya jejaka itu lagi.

“Hmmm… nama saya Lyhani. Panggil sahaja Ly,” balasku.

  Yalah, malu sungguh untuk aku berada di situ lama-lama. Mukaku juga sudah rasa panas dek rasa malu. Lagipun perempuan tidak baik melihat lelaki ajnabi. Perlu tundukkan pandangan.

“Ly! Tunggu! Ini nombor telefon saya. Jika ada apa-apa boleh telefon saya.” Jejaka itu memberikan nombor telefon! Ah,ruang untuk berkenalan semakin terbuka!

“Terima kasih,” balasku ringkas. 

  *****

  Kring! Kring! Kring!

  Telefonku berbunyi. Aduh, kacau sungguh! Nombor telefon yang tidak dikenali itu aku angkat juga.

“Assalamualaikum,” ucapan pertamaku.

“Waalaikummussalam,” balas si pemanggil. “Ly, awak hendak tidurkah?” tanya pemanggil di corong telefon.

Aik? Orang panggil aku Hani. 

“Oh, ya! Ini Fiz!”

“Hmmm… Ini Fiz ke?” tanyaku.

“Yalah,” balasnya ringkas.

“Mengapa awak telefon saya malam-malam ini?” tanyaku.

“Rindu.” Balasan itu membuatkan aku terpinga seketika.

“Eh, silap. Saya sengaja mahu telefon awak. Esok kita jumpa boleh?” tanya Fiz.

“Hmmm… tidak boleh.” Aku malu walau aku tahu aku suka padamu! Lagipun, aku tidak mahu.

“Okey, maafkan saya. Saya tahu.” 

Alamak! Kasihan pula.

“Betul awak mahu jumpa saya?” tanyaku kembali.

“Ya. Tapi bolehkah?” tanya si dia.

“Boleh, tapi awak kena bawa kawan awak dan saya juga bawa teman saya. Setuju?” Aku kasihan dengan jejaka ini.`

“Boleh. Itu lagi bagus,” balasnya. Akhirnya kami menghentikan perbualan kami.

  *****

“Hai, ini Ly, ya?” Aku ditegur oleh seseorang.

“Ya. Saya Ly,” balasku.

“Eh, Fiz!” sambungku.

“Lama tunggu?” tanya Fiz dengan prihatin. Tiba-tiba aku terasa mahu ke tandas. Aku segera menggamit temanku, Khyhani. Kami berdua segera ke tandas. Dalam kesempatan itu, Fiz meletakkan sesuatu di dalam beg Lyhani.

  ******

  Aku berada di rumah. Oh,aku lupa untuk membawa begku ke tandas tadi. Aku segera memeriksa beg tanganku. Semuanya okey, tetapi ada sejambak bunga dan coklat juga kad. Ayat yang tertulis ialah ‘I love orange. Can you be my Miss Orange?”- Mr. Orange

Aku tergelak membaca ayat yang kononnya romantik tetapi sebenarnya lawak.

‘Thanks, Fiz,’ detik hatiku. Nombor telefon Fiz aku tukar namanya sebagai Mr. Orange. Telefonku berdering lagi.S MS daripada Fiz! 

“Sudah dapat hadiah itu?” Pertanyaan Fiz aku hanya pandang tanpa membalas.

  *****

  Kini, aku menjadi tunang Mr. Orange. Aku hanya tergelak sendirian apabila memikirkan nama itu.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: