Certot

Air Mata Seorang Ibu

Hasil nukilan Shamim 6 years agoSuperhero

“Argh, sakitnya!” Wanita itu menjerit kesakitan.

“Sabar, kak. Sedikit sahaja lagi. Kuatkan semangat,” bidan memberi kata-kata semangat buat wanita itu. Wanita itu tidak mampu bersalin di hospital atas faktor kos yang agak tinggi. Cukup hanya bertemu dengan bidan, anaknya itu boleh melihat dunia dengan sempurna.

Ramai yang tidak tahu wanita itu mengandung anak luar nikah. Kebiasaannya disebut anak haram. Jika bersalin di hospital, pasti rahsia akan terbongkar dan wanita itu perlu menanggung malu yang sangat mendalam. Semuanya terjadi kerana dia telah meminjam sedikit wang rakan lelakinya. Kerana terlalu terdesak, wanita usia 20 an itu sanggup menggadaikan dirinya demi melunaskan hutang yang banyak.

“Anak perempuan, kak,” bidan itu berkata dengan nada yang agak gembira.

“Berapa kosnya?” Wanita itu berkata sambil mengeluarkan dompetnya.

“RM20 sahaja,” bidan itu menjawab. Ringkas.

Dibelek-beleknya bayi itu. Dia terlihat ada tanda lahir hitam kebiruan yang besar di lutut anaknya itu. Dengan rasa tanpa belas kasihan, dia membuang anaknya di bawah sebuah tong sampah besar. Dia yakin, pasti ada insan berhati mulia yang mahu membela anaknya.

*****

Datang sebuah kereta singgah di tempat pembuangan sampah itu. Terlihat seorang lelaki bertubuh kurus sedang membuang sampah. Dia mengundur keretanya. Terdengar tangisan bayi yang merengek bagai dipalu ular sawa. Sangkaannya tepat. Seorang bayi berkulit cerah dan berambut perang sedang diurung kerengga dan dikelilingi sekumpulan ular sawa yang sedang mengganas.

“Ya Allah, anak siapa ini?” Lelaki itu terkejut sambil memberikan tanda tanya.

Lantas lelaki itu mengambil parang di dalam keretanya dan melibas ular itu dengan sekuat hatinya. Bayi itu diambil lalu diletakkan di bahagian belakang kenderaannya. Keretanya terus meluru laju di atas jalanraya menuju ke kediamannya.

Bayi itu berhenti menangis. Jelas terpancar wajah kemuliaan bayi itu. Lelaki itu menggendong bayi lalu masuk ke dalam kediamannya. Dipanggil isterinya untuk menunjukkan apa yang dikutipnya tadi. Wajah isterinya agak terkejut melihat apa yang ada dalam gendongan suaminya itu.

“Anak siapa abang kutip ini?” Si isteri memulakan bicara.

Lelaki itu meletakkan bayi yang digendongnya di atas katil. “Abang ambil di tempat pembuangan sampah. Entahlah, abang tidak tahu ini anak siapa. Mesti ada ibu yang tidak bertanggungjawab dan membuang anak sendiri sewenang-wenangnya.”

“Keasihannya budak ini, kulit merah merah seperti digigit kerengga!” Isterinya mengusap kulit bayi itu.

“Apa kata kita bela budak ini?” Lelaki itu memberi cadangan.

“Boleh juga. Apa nama yang kita mahu beri?” Isterinya bertanya.

“Emm. Alisya Dhia Rana, okey?”

“Boleh, asalkan maksudnya baik.” Isterinya tersenyum sekilas.

*****

Alisya tekun bermain telefon bimbitnya. Jari-jemarinya ligat menari di skrin telefon. Sememangnya keluarga.

“Alisya, papa ada perkara mahu cakap dengan kamu sedikit.” Ayahnya mengetuk pintu bilik Alisya dan lantas bersuara.

“Apa? Cakap di sini sahajalah!” Alisya menggeliat.

“Mari, papa mahu perkenalkan kamu dengan bibik baru kita ini,” ayahnya memperkenalkan bibik berkulit cerah dan sedikit berkerut mukanya.

“Hmm… yalah asalkan dia boleh buat semua kerja dalam rumah ini.” Alisya kembali berbaring di katil empuk miliknya.

“Aalam bibik dahulu!” Papanya menengking lembut anak perempuannya.

“Hmm, yalah.” Alisya mula menunjukkan riak muka tidak senang. Lalu dihulurnya tangan lembut putih melepak pada bibik separuh abad itu.

Riak wajah bibik itu mula menunjukkan rasa lain sebaik sahaja bersalam dengan remaja berusia lima belas tahun itu. Bibik itu merupakan ibu tunggal yang anaknya sudah meninggal dunia. Tidak mungkin naluri seorang ibu tunggal merasakan itu ialah anaknya. Dia sendiri tahu bahawa anaknya mati akibat dibelit ular sawa.

*****

Keesokan harinya.

“Nak, bangun sudah pukul 6.30. Nanti terlambat ke sekolah.” Bibik itu menggerakkan Alisya dengan usap lembut di kepalanya.

Alisya menggeliat. “Huargh, sibuklah kau ini, aku mahu tidur. Malaslah mahu bangun.” Alisya yang sedang lena diulit mimpi itu menepis tangan bibik itu.

Bibik itu mengambil jam loceng merah jambu milik Alisya. Ditunjuknya tepat pada mata remaja belasan tahun itu. “Tengok sekarang sudah pukul berapa!”

Alisya menggosok gosok biji matanya. Sekali dibuka, terus terbangun dari katilnya.

“Eh perempuan, lain kali kalau mahu gerak aku, geraklah pukul 6.00 pagi. Takkan itu pun aku mahu ajar!” Alisya menunding jari kepada bibik itu.

“Maafkan saya, cik. Tetapi saya sudah gerak cik pukul 6.00 tadi.” Bibik itu menunjukkan riak wajah bersalah.

“Sudahlah. Malas aku mahu dengar kata-kata kau!” Alisya menjerkah kuat di hadapan bibik itu.

“Ya Allah, kau ampunilah Alisya supaya dia tidak menderhaka kepada kedua-dua orang ibu bapanya.” Bibik itu menadah tangan untuk berdoa. Semoga hajatnya dikabulkan Allah S.W.T.

*****

Habis sekolah, Alisya terus berlari lari anak di atas anak tangga kaca mewah di rumahnya. Kelihatan bibik tua itu sedang mengangkat baldi berisi air sabun bagi mengemop lantai. Alisya dengan aksi kurang ajar, menahan kaki bibik itu daripada turun ke bawah. Apa lapi, bergoleklah bibik berbadan seperti karikatur Doraemon. Sambil menahan kesakitan yang teramat sangat, bibik itu menangis meratap nasib dirinya.

“Puas hati aku, mengapalah engkau tidak mati sahaja terus. Lagi senang kerja aku.” Alisya ketawa denga nada yang jahat.

“Sudahlah… aku mahu bersiap untuk pergi membeli-belah dengan kawan aku di Pavilion.” Alisya berkata sendirian.

Tanpa membuang masa, dia terus mencampak beg jenama dan mencapai sehelai tuala merah jambu polkadot putih dan terus menuju ke bilik air peribadinya.

Selesai mandi, Alisya terus memilih baju mana yang sesuai untuk di pakainya.

“Hmm… mana satu aku mahu pakai?” Alisya mencekak pinggang sambil buntu memilih baju yang hendak dipakainya.

Baju berwarna merah jambu ketat serta di atas lutut itu diperbaiki lagi. Sudah siap semuanya.

Pintu biliknya ditutup. Baju yang sangat ketat itu menyukarkan lagi perjalanannya mahu menuruni tangga. Tambahan lagi bibik tua gemuk gedempol itu sedang sibuk mengemop lantai tangga itu.

Bibik itu memandang ke atas. “Ya Allah, jaga mata!” Bibik itu berkata sambil menutup matanya dengan telapak tangannya.

“Mengapa, baju yang aku pakai ini cantik sangatkah?” Alisya mencekak pinggang sambil menyuarakan suara yang agak kuat.

“Baju yang cik pakai itu memang cantik, tapi bertentangan dengan syariat Islam.  Islam menyeru umatnya untuk memakai baju yang longgar. Aurat perempuan ialah seluruh badan kecuali telapak tangan dan muka. Kita orang islam,” bibik itu memberi nasihat panjang lebar.

“Hei perempuan tua, kau jangan beri ceramah pula di sini!”

Alisya mengangkat baldi berisi air perahan mop itu lalu disimbah ke muka bibik. Belum sempat baldi itu mengena ke muka bibik itu, baldi itu terbalik dan terkena air. Lebih malang lagi, baldi air sabun juga tumpah dan menjadikan tangga itu lebih licin. Akhirnya, Alisya terjatuh tergolek juga di di tangga setinggi tiga meter itu.

Malang tidak berbau, bahagian lutut kiri dan lengan kanannya patah. Alisya terus di hantar ke Hospital KPJ Rawang. Maklumlah, anak orang kaya tidak mungkin dihantar di hospital kerajaan. Biarpun kosnya percuma, perkhidmatan yang ditawarkan juga hampir sama.

Sebaik sahaja mata Alisya dibuka….

“Hei, aku mahu pergi Pavillion dengan my BFF!”

Bibik itu hanya melihat Alisya merengek bagai bayi yang baru lahir. Dia ternampak tanda lahir biru kehitaman yang terletak pada lututnya.

Bibik itu sedikit terkejut. “Tuan, boleh saya buat ujian DNA dengan Alisya.”

Bibik itu meminta kebenaran daripada Tuan Anaz. Tuan Anaz hanya mengangguk sambil mengesat air matanya yang mengalir di pipi.

*****

“Saya budah bandingkan keputusan DNA rambut puan dengan rambut budak ini. Keputusannya adalah sama,” doktor lelaki itu berkata sambil terkesan sedikit senyuman di hujung bicaranya.

Bibik itu menangis kegembiraan. Dahi putih melepak anaknya itu dicium dan dibelai belai.

“Hei orang tua, kau jangan berani cium aku. Jijiklah!” Alisya menepis tangan Bibik itu.

Dalam perjalanan untuk kembali ke wad asalnya, sebuah kereta sedang berjalan di jalan simpang hospitas itu. Kebetulan bibik itu berada di barisan paling belakang dalam menolak katil itu. Ketika itu, dengan takdir Illahi, emak Alisya yang dilayan secara biadap itu sudah kembali ke rahmatullah.

Alisya hanya mampu menitiskan air mata melihat pemergian ibu kandungnya di hadapan mata.

Ingatlah, hidup ini ibarat ais. Nikmatilah sebelum ia mencair.

           

 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: