Certot

Adriana dan Pulau Makanan

Hasil nukilan Pika MK 7 years agoFantasi 3

Nama aku Adrian. Berumur 15 tahun dan masih belajar. Aku dahulu seorang pelajar biasa sehinggalah sesuatu menimpaku.

****

Keadaan di kapal terbang menjadi kecoh. Semua penumpang menangis ketakutan dan menjerit. Kapal terbang yang aku naiki sedang menjunam ke bawah. Tiba-tiba dunia aku menjadi gelap gelita.

****

Aku tersedar dan melihat di sekelilingku. Aku terhampar di sebuah pulau. Tetapi, ini bukan pulau biasa. Haiwan di sini begitu pelik. Mereka kelihatan seperti makanan. Bukan itu sahaja, pokok-pokok di sini juga begitu.

Aku bangkit dan memasuki pulau itu. Pokok-pokok di sini menyerupai lolipop dan gula-gula kapas. Aku menjumpai sebatang sungai. Airnya bukan jernih, tetapi sungai coklat. Aku mengambil sedikit dan meminumnya. Rasa coklat yang begitu berkrim, manis, dan sedap.

 Tiba-tiba, datang seekor marshmallow berkaki. 

‘Comel!’ jerit hati kecilku ini. Aku mengangkatnya.

 “Apa yang awak buat dengan haiwan saya?” Satu suara kedengaran. Kelihatan seorang lelaki keluar dari semak-samun.

 “Awak siapa? Ini tempat apa?” Saya bertanya. Lelaki itu merenung saya dengan pandangan yang tajam. Gerun pula aku tengok.

 “Saya ialah putera di sini. Putera Hakim. Ini ialah Pulau Makanan. Dan awak pula siapa?Bagaimana awak boleh berada di sini?” Dia berkata. 

Tidak sangka ini merupakan Pulau Makanan. Lucu juga nama pulau ini.

 “Saya Adriana. Saya tidak pasti bagaimana saya boleh sampai di sini. Yang saya ingat, saya berada di dalam kapal terbang. Selepas itu, kapal terbang itu hendak terbabas,” aku berkata. Perutku kecut apabila membayangkan semula kejadian itu.

 “Mari ikut saya. Saya akan bawa awak ke istana saya. Di sana, awak boleh bersihkan diri awak,” Putera Hakim berkata. Dia menghulurkan sebatang lolipop. Aku mengambil lolipop tersebut dan mengekorinya.

*****

 Selesai sahaja membersihkan diri, aku menuju ke dewan makan istana itu. Terdapat banyak makanan yang lazat di atas meja.

 “Jemputlah makan. Jangan malu-malu,” Putera Hakim berkata. Aku mengambil tempat dan makan hidangan yang amat lazat itu.

 “Bagaiman saya hendak balik ke tempat saya semula?” aku bertanya kepada Putera Hakim. Mustahil aku akan tinggal di pulau yang pelik ini. Tetapi, seronok juga, bukan?

 “Kalau awak mahu balik, saya harus hilangkan memori awak tentang pulau ini,” Putera Hakim berkata dengan begitu serius.

 “Tidak mungkin. Kenapa saya harus lupakan pulau ini?” aku membentak. Suasana menjadi amat tegang.

 “Demi keselamatan pulau ini! Jika manusia lain mengetahui tentang tempat ini, pulau ini akan tenggelam. Saya tidak akan biarkan perkara itu terjadi.” Putera Hakim beredar dari situ.

 Aku terkedu. Tenggelam? Aku tidak membayangkannya. Aku segera berjumpa dengan Putera Hakim.

 “Putera Hakim!A mbillah memori saya. Saya tidak kisah. Asalkan pulau ini wujud dan sentiasa selamat,” ujarku. Putera Hakim memandangku. Dia tersenyum.

 “Keputusan yang bagus.”

*****

 Aku terbangkit. Kelihatan seperti aku berada di bilikku. Adakah semua tadi hanyalah mimpi?Mata aku memandang sesuatu. Terdapat sebatang lolipop yang sama seperti Putera Hakim beri kepadaku.

 ‘Benarkah Pulau Makanan wujud?’ getus hatiku.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: