Certot

6A Tunggu Aku Datang!

Hasil nukilan Nur Fatehah Izzaty 4 years agoFiksyen 8

“Saya sudah menampal enarai calon 6A UPSR pada tahun ini di anjung ilmu. Terima kasih.” 

Apabila terdengar sahaja pengugumuman itu melalui corong pembesar suara, Hannan sudah berasa teruja mahu mengetahui keputusan tersebut. Namun, dia berasa hampa kerana tidak tergolong dalam calon 6A. Dia termenung sendiri di dalam kelas.

“Hannan, tumpukan perhatian ketika saya mengajar,” marah Puan Sharifah Naha. 

   Hannan pula hanya tercegat bagaikan patung cendana. Mana tidaknya, budak lelaki ada yang memandang sinis kepadanya, dan ada yang mengejinya serta mengajuk suara Puan Sharifah sewaktu dia memarahiku. Fatehah pula hanya mampu memandang dari jauh.

                                        *****

“Hannan!” Teriak Fatehah atau lebih manja di panggil Aty oleh kawan sekolahnya. Dia Segera mendapatkan Hannan di padang sekolah.

“Aduh! Tidak perlulah memanggil nama saya dengan begitu kuat.” Hannan mengosok-gosok telinganya.

  “Maaflah. Hannan, mengapa saya lihat kamu bermuram durjana sahaja?” Fatehah memandang wajah sahabat baiknya itu.

  ” Saya sedih kerana saya tidak tergolong dalam calon 6A.” Hannan menguis-guis rumput dengan kakinya.

  “Tidak perlulah awak sedih. Tidak semestinya awak tidak dicalonkan sebagai murid target, awak tidak berpeluang  untuk  mendapatkan 6A UPSR! Awak perlu  buktikan  kepada  semua yang awak mampu.”

  “Terima kasih.” Hannan senyum kepada sahabatnya.

“Lain kali jika ada masalah, beritahulah kepada saya. Seperti berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Begitulah erti sahabat!” Fatehah segera memimpin Hannan menuju ke kelas mereka.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: