Namaku Reisya, aku tiada sesiapa lagi. Ibu bapaku telah meninggal akibat kemalangan langgar lari. Saudara-saudaraku tidak mahu menjagaku kerana malas. Aku tinggal di rumah pusaka arwah ayah dan ibu. Saudara-saudaraku ingin merampasnya daripada aku, tetapi tidak berjaya. Mereka amat benci kepada aku. Kerana itulah aku mempunyai ibu yang kedua iaitu guruku.
Guru ialah ibarat ibu kedua atau ayah kedua. Aku mendapat kesayangan daripada guru-guru di sekolah, kerana mereka tahu akan keadaanku yang amat sedih. Jadi mereka menolongku dengan banyak perkara terutama sekali Cikgu Maya. Dia amat menyanyagiku seperti anak sendiri kerana dia tiada anak.
‘‘Reisya, kamu mahu pergi melawat kubur ibu bapa kamu?’’ tanya Cikgu Maya.
‘‘Boleh, cikgu,’’ jawab Reisya.
‘‘Pukul 2.30 nanti kita berjumpa di tempat letak kereta ya,’’ kata Cikgu Maya.
‘‘Baiklah, cikgu,’’ kata Reisya bersemangat.
*****
Di tempat letak kereta.
‘‘Sudah bersedia, Reisya?’’ tanya Cikgu Maya yang risau keadaan anak muridnya itu kerana apabila melawat kubur ibu dan ayahnya, pasti dia akan menangis.
‘‘Sudah, cikgu,’’ kata Reisya sambil tersenyum.
*******
Berita Gempar!
Sebuah kemalangan langgar terjadi di Persimpangan Taman Ceria, yang melibatkan seorang perempuan berusia 23tahun dan cedera, manaka;a anak-kanak berusia lapan tahun cedera parah. Ini adalah kes kedua yang berlaku di tempat sama. Paling gempar adalah kanak-kanak itu ada berkaitan dengan kes langgar lari tahun lepas yang melibatkan seorang perempuan berusia 29 tahun dan lelaki berusia 30 tahun yang bernama Marsha Binti Zainuddin, Zaidi Bin Abdullah, Maya Binti Suriman berusian 23 tahun, dan kanak-kanak bernama Reisya Binti Zaidi.
******
Sebulan Kemudian.
Akhirnya Reisya telah sedar dari komanya akibat dari kemalangan itu. Rupa-rupanya saudara-saudaranya sendiri yang melanggarnya dan ibu bapanya. Mereka digantung mati kerana perbuatan keji itu. Akhirnya Reisya telah mengetahui segalanya dan ibunya meninggalkannya di rumah kerana tahu bahawa saudara-saudaranya akan buat sesuatu kepada mereka. Dia amat bersyukur mendapat ibu seperti itu dan paling menggembirakannya ialah dia diambil oleh Cikgu Maya untuk menjadikan dia anak angkat. Dia dan Cikgu Maya pun hidup bahagia tanpa gangguan.
Reisya pun selalu berkata dalam hatinya, ‘My 2 Super mother is the best!’