Mohd Asyrafie Bin Sani

komik-M Misi 10A Finale

PEKOMIK BESTSELLER, AFIQ & NAZRY MEMPERSEMBAHKAN SIRI BESTSELLER KOMIK-M "MISI 10A FINALE"

PERSAHABATAN & KEKUATAAN menjadi ukuran untuk BERJAYA! 

Misi 10A Aizad, Zahid dan kawan-kawan semakin hampir ke penghujungnya. Mereka ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). 

Komik 100% halaman berwarna memang menarik minat ramai pembaca komik bagi menghayati segala yang ingin disampaikan oleh si penulis dan pelukis. Hidup penuh warna warni menceriakan hati. Pasti terhibur.

Aizat, Zahid dan kawan-kawan mereka yang lain kini berada di tingkatan 5. Cerita bermula dengan aktiviti mentor-menti dikalangan pelajar terbaik untuk membantu pelajar yang corot (lemah dalam pelajaran). Turut memuatkan adegan dimana ilmu pelajaran boleh digunakan untuk kebaikan walau dimana pun kita berada (mungkin boleh membantu membenteras jenayah?). Kepentingan mempunyai cita-cita. Persahabatan yang berteraskan ilmu pengetahuan. 

Lukisan komik ini cantik macam komik dari negara malaysia bukan? Penuh gaya dan kebudayaan tempatan. Setiap watak dapat dibezakan dengan mudah lebih-lebih lagi perempuan bertudung (selalunya komik perempuan bertudung ni susah nak dibezakan antara si A dan si B, apatah lagi kalau si C). Jalan cerita memang terbaik! Teruskan Usaha untuk memartabatkan kualiti komik tempatan. 

Komik siri MISI bukan sekadar komik yang kosong. Komik siri MISI mengandungi bermacam-macam ilmu yang boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian. Nak berjaya bukan mudah, namun ia juga bukannya susah. Apa yang kita perlukan ialah usaha, semangat dan tawakal. 

Peminat komik jangan lupa dapatkan naskah (terakhir?) siri komik misi di pasaran sekarang bagi mengetahui apa cerita Aizat, Zahid, Mat, Kimi, Fizi, Putera dan lain-lain dalam kehidupan sebagai pelajar. Dapatkan juga komik siri Misi yang lain (Misi 8A, Misi 10A & Misi 10A Plus).

 

"ULASAN KOMIK 2016 MISI 10A FINALE OLEH ASYRAFIE"

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!