Assalamualaikum pembuka reviu saya ucapkan untuk semua di sini. 

Buku Miss Blogger ini diterbitkan oleh pihak PTS  pada tahun 2015. Penulisnya diberi nama Engku Muhammad Afiq bin Engku [email protected] Azani, menggunakan nama pena Engku Afiq.

Penulis berbakat ini berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan dan berusia 13 tahun pada tahun ini. 

Miss Blogger menceritakan tentang Fatini Zahra, seorang pelajar universiti yang terpilih menyertai Anugerah Blog Terbaik (ABT) di Singapura. Sorfy, rakan baiknya seiring selangkah bersama membantu menaik taraf blog Fatini supaya layak memenangi ABT. 

Keterujaan Fatini menyertai ABT diganti dengan ketakutan dan rasa trauma apabila menerima mesej dan emel berunsur ugutan. Mimpi ngerinya berterusan apabila tiga orang tersayang maut. Bahkan, Sorfy juga koma. 

Fatini mula berputus asa apabila terus diasak dengan pelbagai halangan. Dia hampir-hampir menyerah, namun muncul Jejaka H to the S memberi harapan. 

Apa akan terjadi selepas ini? 

Sila dapatkan buku ini jika mahu jadi blogger popular seperti Hanis Zalikha! 

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!