Novel 'Miss Blogger' yang dikarang oleh penulis lelaki bernama Engku Afiq ini amat memberi satu kesan yang hebat terhadap pembaca-pembacanya. Novel ini mempunyai tema yang pembaca perlu ambil tahu tentang kehebatan sebuah persahabatan. Malah, terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil daripada babak-babak yang telah ditulis dalam novel ini.Bagaimana? 

Mengisahkan seorang mahasiswi dari UTTM, Fatini Zahra atau nama panggilannya Fatini yang berhasrat ingin tercalon sebagai pemenang dalam Anugerah Blogger Terbaik. Sahabat karib Fatini, Sorfy telah membantunya untuk menambah baikkan blognya sehingga namanya tercalon dalam anugerah yang diidamkannya selama ini. Ini menunjukkan betapa pentingnya sahabat dalam kehidupan untuk kita lebih berjaya.

Namun begitu, setelah nama Fatini tercalon dia menerima mesej berbaur ugutan daripada insan yang tidak dikenalinya. Insan bergelar 'simbol tiga noktah' itu memaksa Fatini untuk menarik diri daripada menyertai Anugerah Blogger Terbaik itu. Mesej itu membuat dirinya panik sehingga terjatuh ke dalam longkang akibat berlari tidak tentu hala. Di sini kita patut tahu bahawa manusia perlu berfikiran positif untuk mengelakkan diri daripada dimalukan. Eh?

Pada babak ketika orang-orang tersayang Fatini telah ditimpa musibah itu membuatkan cerita ini lebih panas. Sifat hasad dengki insan 'simbol tiga noktah' itu membuatkan saya berasa amat marah kerana menyebabkan Fatini berasa ketakutan. Kasihan dia...

Ketika Fatini dan Sorfy berada di Singapura untuk menghadiri ABT, Fatini telah diculik sewaktu mahu menolong seorang wanita mencari butik 'Shine More Bright'. Rupa-rupanya wanita itulah yang menghantar mesej ugutan bersama seorang lelaki dan dikenali sebagai insan 'simbol tiga noktah' itu. Nasib baiklah Haris ada di situ. Dengan bantuan Haris dan Sorfy, akhirnya dua penjahat itu telah diberkas oleh pihak polis. Padan muka! Kita perlu mengambil iktibar bahawa setiap perbuatan pasti ada balasannya.

Akhirnya, atas ketabahan Fatini menghadapi segala rintangan  dia berjaya bergelar 'Miss Blogger'. Selain itu dia dapat mewarisi syarikat ayah dan butik terkenal ibunya. Alhamdulillah...

Novel ini memang boleh dibaca oleh setiap lapisan masyarakat! Penulis novel ini berjaya menunjukkan bakat yang baik serta penulisan yang cemerlang! Semoga dengan kehadiran novel bacaan umum 'Miss Blogger' dapat memberi kesan positif kepada pembaca-pembaca di luar sana. 

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!