Tunas Super adalah kelompok penulis muda yang berumur dikalangan 7 hingga 12 tahun (alumni Tunas Super pula untuk bekas penulis Tunas Super). Jadi, secara umum, novel-novelnya ditulis oleh kanak-kanak atau pelajar awal remaja. Bila kita katakan begitu, ceritanya bukanlah tidak menarik.

Tetapi, apabila ditulis oleh pelajar sebaya, mesti menepati cita-rasa kita, bukan? Jadi, kesimpulan mukadimah panjang berjela saya adalah, novel ini memang amat menarik! Seperti biasa, novel Tunas Super mengetengahkan nilai murni yang harus kita contohi. Begitu juga di dalam novel ini. Ceritanya mengandungi banyak nilai-nilai murni, terutamanya nilai kekeluargaan.

Unsur-unsur suspen juga merencahkan lagi jalan penceritaan.Disangkakan, si dia adalah watak antagonis! (Jika mahu tahu siapa si dia, kenalah dapatkan novel ini)

Novel karya Nur Ayuni, alumni Tunas Super yang sebelum ini muncul dengan novel Arrogant Girl, memang tidak mengecewakan! Jadi, apa kata kita ramai-ramai dapatkan novel ini? Tentu puas hati!

Anak dara berseri-seri,         Jangan lupa dapatkan novel ini!

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!