Bukan Puteri Sempurna merupakan karya kedua Khairul Nur Ayuni, selepas terbitnya Arrogant Girl pada pertengahan tahun 2015. Dalam novel ini, menekankan cabaran hidup kekeluargaan berlainan darjat yang harus ditempuhi oleh watak utama.

Raja Puteri An-Nuraa Aisyah ataupun lebih mesra disapa Icah menerima kejutan budaya tatkala usianya hampir menginjak 12 tahun. Daripada hidup serba kekurangan di kampung, dia terpaksa menghadapi segala kemewahan sebagai seorang kerabat diraja yang tidak pernah diduganya. Wang ringgit pun tidak diimpi, permata emas pula datang mengiringi!

Walaupun Icah sudah mengetahui identiti dirinya sebagai seorang puteri raja, dia tidak pernah mengubah sikapnya. Dia masih dengan sifat rendah dirinya di samping perlu membiasakan diri dengan persekitan baharu penuh pancaroba. Jangankan perlakuan, percakapan juga harus dijaga setiap bait kata. Oh, dugaan! Saya sendiri, mungkin sanggup membisu sampai bila-bila daripada terpaksa menyesuaikan lidah dengan kalimat ‘beta’ yang janggal bunyinya.

Kewujudan Megat Faris membuatkan hidup saya tidak tenteram. Setiap babak tentangnya melahirkan geram dalam jiwa saya. Ha, Saiful pun sama! Rasa hendak rendam sahaja mereka dalam sekuali besar penuh kimchi yang menggelegak! Buat sangat muka saya masam mencuka terlebih jeruk. Jadi, itulah balasan yang setimpal buat mereka, biar mereka dapat hayati kemasaman yang saya rasai! Mengenangkan mereka berdua ini, buat saya hendak kunyah-kunyah sahaja buku ini kerana terlampau geram. Mujur sahaja cover-nya dilukis kemas oleh Ain Lavendra, lalu melahirkan rasa tidak sampai hati untuk menjadikannya mangsa gigi-gigi saya.

Walau bagaimanapun, antara yang buatkan saya kagum, penulis berusaha mempertahankan tradisi Melayu lama yang sudah lama ditinggalkan. Baju kurung yang dahulunya disarung sehari-hari, kini diganti dengan blaus dan skirt yang lebih stail. Generasi baju Melayu juga makin dilupakan dan bertukar citarasa kepada jubah. Tidak salah kita hendak memperkenalkan fesyen baharu dan mengenakan pakaian sunah baginda Rasulullah, asalkan kita tidak lupa akan adat turun-temurun moyang kita semua. Itulah pengajaran paling penting yang harus diambil.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!