Mohd Asyrafie Bin Sani

SS10 #9: Kuasa Luar Biasa

KOMIK BUATAN MALAYSIA 100% BERWARNA  (KOMIK-M)

PEMENANG INTERNATIONAL MANGA AWARD BEN WONG MEMPERSEMBAHKAN SUPER SAFEE (SS10) #9 KUASA LUAR BIASA

"SEMUA PENDAPATAN DARIPADA KOMIK INI AKAN DIDERMAKAN KEPADA PUSAT KEBAJIKAN. SEMOGA ANDA TERHIBUR MEMBACA KOMIK INI" - Menarik kan tagline komik ni? Tidak sia-sia membeli dan membaca komik dari ben wong bertajuk super safee 10 ini, kerana disamping kita berhibur dengan cerita ss10 ini secara tidak langsung kita telah menderma hasil dari pembelian komik ini kepada pusat-pusat kebajikan yang memerlukan. 

Komik apakah ini? Siapa super safee? hehe... Tekalah jikalau anda rakyat malaysia smile

Super Safee atau lebih dikenali dengan nama Safee Sali ialah seorang pemain bola sepak malaysia yang memakai jersi nombor 10. Komik ni sebenarnya adalah dinspirasikan daripada kehidupan safee sali. Super Safee ialah Safee Sali yang telah dikomikkan didalam SS10. 

Setakat ini ada 12 jilid komik SS10 di pasaran. Untuk kali ini, mari kita tengok apa yang ada dan menarik didalam komik SS10 #9.

Bermulanya cerita kali ini, safee dan adiknya norli telah pergi ke bandar untuk berjumpa dengan julia. Namun sewaktu dalam perjalanan, mereka telah berdepan dengan aksi kejar mengejar dengan seorang lelaki. Pemilihan ahli pasukan stanley berlangsung di dewan. Latihan demi latihan harus dilakukan sebelum tibanya hari pertandingan. Dan banyak lagi kisah yang menarik menanti safee.

Lukisan ben memang tidak pernah mengecewakan. Dengan keunikan dan kekemasan lukisan yang terdapat pada komik ini sangat menarik untuk dibaca walaupun anda bukan seorang pengemar sukan bola sepak. Jalan cerita pasti beremosi jikalau kita mempunyai perasaan. 

Ingin tahu apa yang terjadi pada safee? Jangan lupa dapatkan komik siri SS10 karya ben wong hari ini juga. Anda pasti terhibur.


"ULASAN KOMIK 2016 SS10 #9: Kuasa Luar Biasa OLEH ASYRAFIE"

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!