Hai, semua, seperti yang anda semua tahu (mungkin juga ada yang tidak tahu ^=^) saya telah membuat reviu NOMIK pertama saya iaitu Hero vs Heroin. Ini pula adalah reviu NOMIK kedua saya, iaitu, 'RUNNING STAR: Pencarian Bintang Terhebat'! Yey!!! Novel ini adalah karya Kak Ain Maisarah dan Rashiela Nurain manakala komik ini pula adalah karya Kak Ain Lavendra.

Saya telah membeli NOMIK ini pada tahun ini. He! He!  Novel dan komik ini merupakan sambungan cerita. Jadi, sila baca novel terlebih dahulu dan kemudian diikuti dengan komik.(malangnya, saya telah membaca komik terlebih dahulu.)

Ceritanya begini... Satu rancangan terbaharu Malaysia iaitu Running Star yang mengambil konsep Running Man(iaitu rancangan Korea terkenal di Malaysia) akan dilancarkan. Tetapi yang lainnya adalah peserta-peserta Running Star merupakan blogger-blogger popular bukan selebriti seperti rancangan Running Man. Seorang calon telah terpilih daripada Sekolah Sri Bangsar, semua warga sekolah teruja. Bukan itu sahaja, The Wannababes tidak ketinggalan dalam NOMIK ini. (tetapi tidak begitu gedik seperti dalam buku-buku yang lainlah.) Setakat ini sahaja sinopsis cerita saya. Ha... kalau mahu tahu lebih lanjut, sila beli buku ini. Best gila, gila! Tidak rugi kalau beli.

Sebelum saya beredar, saya ingin memberitahu bahawa illustrasi Kak Ain Lavendra memang terbaik. Kalau boleh, macam mahu belajar pula cara melukis komik.

Hah....baru saya teringat, mesti anda semua tidak percaya... tetapi cikgu saya ada menyuruh saya membuat komik pendek untuk dimasukkan dalam folio. Nanti bolehlah cuba melukis seperti Kak Ain Lavendra. Sekian. ^-^

(Saya tidak mempunyai gambar selfie dalam laptop saya, begitu juga dengan reviu saya yang lain. Jadi saya menghantar gambar ini. Harap maaf sangat-sangat.)


Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!