Nor Aishah Ahmad

OMG! Ratu Gosip

Buku 'Omg! Ratu Gosip' ia ditulis oleh dua orang penulis iaitu Ain Maisarah dan Haziq Ridzuan. Tema buku ini ialah tentang Kejujuran.

Buku ini mengisahkan seorang gadis bernam Ritah Ridaini dikenali sebagai mulut murai tercabut ekor. Dia sehari tidak bergosip dadanya terasa seram sejuk. Di Sekolah Sri Bangsar, segala isu beliau memang ketahui terlebih dahulu.

Babak yang memberi kesan pada saya ialah suatu hari Ritah menjumpai sebuah diari yang mengandungi segala rahsia sulit perempuan. Dia gigih menyebarkan apa yang terkandung dalam diari tersebut. Di sebabkan mulutnya itu Ritah di pulaukan dan di sisihkan oleh rakannya. Sehinggakan muncul seorang gadis bernama manja sebagai penyelamat dan menawar diri sebagai sahabat. Sebabnya kita janganlah mulut celupar dan jangan membuat cerita rekaan.

Pengajaran yang saya dapati ialah kita janganlah suka bergosip dan mereka-rekakan cerita. Jika tidak ramai orang yang tidak akan suka pada kita.

Buku ini sangat wajar dibaca. Pengajaran sangat berguna pada kita dan masyarakat.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!