Reshma Rao

OMG! Ratu Gosip

Siapa di sini suka bergosip? Cuba angkat tangan. (Saya bukan nampak apa-apa pun :p). Kalau ada yang suka, tak baik tau kecuali digosipkan benda yang berfaedah. Novel inilah yang boleh dijadikan contoh.  

Novel ini merupakan karya Kak Ain Maisarah dan Abang Haziq Ridzuan. Tulisan mereka amat menakjubkan dan juga diselitkan sedikit unsur lucu (bagi saya luculah). Ceritanya bermula apabila Ritah Ridaini si Ratu Gosip Sri Bangsar menemui sebuah diari yang mengandungi segala rahsia sulit para pelajar perempuan Sri Bangsar. Dari situlah bermulanya misi Ritah untuk mencari siapakah tuan diari tersebut.

Setelah membuat siasatan selama beberapa hari, Ritah mengesyaki bahawa diari tersebut adalah kepunyaan Manja. Gosip liar mula disebarkan. (Isi gosip diambil dari diari.) Satu sekolah menjadi huru-hara. Sehinggakan Puan Hajah Zaiton(pengetua) mengadakan perhimpunan khas.Dari sinilah Ritah mula dibenci ramai begitu juga dengan Manja tetapi diari itu bukan kepunyaan Manja. Tuannya, masih dikekalkan sebagai misteri. ~_~ 

Bagaimana mereka boleh membersihkan nama? Apa yang akan berlaku? Dan kenapa saya bercakap seperti seorang wartawan? .....MISTERI!!!

Sekian, itu sahaja untuk reviu saya. ^-^


Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!