Nor Aishah Ahmad

OMG! Gila Shopping

Buku 'Omg! Gila Shopping' dihasilkan oleh Ain Maisarah dan Haziq Ridzuan. Tema buku ini ialah Jimat Cermat.

Buku ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nina Jurina yang obsesi mengenai papan tanda Diskaun hebat 50·/·! 70·/·! Sale! Segala barang harus beliau miliki. Pada suatu hari ayahnya Dato' Shukri tergerak hati untuk menyemak bil kad kredit milik anaknya Nina.

Terkejut melihat perbelanjaan anaknya. Akhirnya Nina terpaksa tinggal bersama mak ciknya iaitu mak cik suhada yang terkenal dengan tangkai jering dan tahi hidung masin. Duit berbelanjannya di sekat.

Pengajaran yang saya dapati ialah kita perlulah berjimat cermat dalam apa belanjaan barang. Jangan suka borong barang yang tidak berfaedah. Siapa yang rugi kita juga.

Buku ini wajar untuk dibaca. Pengajarannya patut kita amalkan.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!