Dhea Loverr

OMG! Gila Pink

Reviu saya adalah berkaitan OMG!Gila Pink yang di tulis oleh Ain Maisarah.Buku ini mengisahkan seorang pelajar bernama Nazim Rosman yang tersangat obses dengan warna merah jambu.Di mana ianya lari dari kebiasaan warna yang umumnya hanya di gemari dari kalangan wanita.Semua barangan Nazim Rosman berasaskan warna merah jambu ..dari cadar,buku,jam tangan,bekas makanan..segalanya merah jambu!Ia bermula sejak Nazim Rosman bayi lagi.Ketika dalam kandungan ibunya, doktor mengesahkan bayi tersebut adalah perempuan..oleh sebab itulah Nazim Rosman terlalu obses merah jambu hinggakan pintu biliknya juga nak di catkan dengan warna tersebut.Oleh kerana obsesnya Nazim pada merah jambu,tanpa di sedarinya telah mengundang padah dan menjeratkan dirinya sendiri bila mana dia di tuduh melakukan kesalahan disiplin iaitu mencalarkan kereta cikgunya.Kes calar kereta bersiri itu sebenarnya telah di rancang oleh Geng Samseng Tingkatan 2 pelajar Sri Bangsar bermotifkan dendam yang di ketuai oleh Zol dan dua lagi pengikutnya iaitu Bob dan Jo.Mereka merancang mengenakan Nazim Rosman kerana dia seringkali di bela pelajar baru bernama Mia Zara yang selalu muncul menyelamatkan Nazim Rosman ketika dia di buli.Satu persatu kereta cikgu di calarkan dan bukti yang di tinggalkan terarah kepada Nazim.Akibatnya dia di panggil Cikgu Amnah merangkap guru disiplin bagi penyiasatan.Mia Zara juga tak terkecuali bila mana dia di perangkap melalui sekeping nota pendek berwarna merah jambu uang di sangkanya di kirim Nazim Rosman.Namun perancangan yang di atur Mia Zara dan Nazim Rosman telah berjaya membongkar segala teka teki kes bersiri calar kereta cikgu di mana pelaku sebenar telah tertangkap melalui tindakan berani mati Nazim Rosman yang mengakui merakam perlakuan Geng Samseng Zul,Bob dan Jo melalui video di telefon bimbitnya.Perangkap yang di reka Nazim Rosman telah menyebabkan geng samseng mengakui sendiri kesalahan mereka dan akhirnya menyelesaikan kes bersiri calar kereta cikgu Sri Bangsar.Oleh kerana tindakannya.. dia di kurniakan sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih pihak sekolah atas penyelesaian kes tersebut.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!