NurZafirah Razali

OMG! Gila Buku

Novel ini mengisahkan tentang Ayda Tuah yang amat menggilai dan obses dengan buku. Di Sekolah Sri Bangsar, dia terkenal dengan gelaran 'Hantu Buku'. Disebabkan oleh obsesinya itu, pelajarannya mula merosot dan dia sering mengabaikan pelajaran. Mujur Bettylina ada untuk membantu. Dia gigih membantu Ayda Tuah untuk membaiki pelajarannya dan mengurangkan obsesnya terhadap buku. Tiba-tiba, Ayda Tuah dituduh mencuri buku-buku di perpustakaan. Bettylina yang baik hati gigih membantu Ayda Tuah membersihkan namanya dan mereka berjaya menangkap pesalah sebenar. Ayda Tuah juga berjaya membaiki pelajarannya dan mula kurang obses dengan buku.

       Novel ini merupakan terbitan Blink Book. Novel ini juga dikarang oleh penulis terkenal Ain Maisarah dan Nur Khairiah. Watak-wataknya menarik dan bijak  menggeletek hati pembaca dengan kerenah masing-masing. Antara pengajaran yang terdapat dalam novel ini adalah kita tidak boleh terlampau obses terhadap sesuatu, kita mesti sentiasa membantu antara satu sama lain dan jangan mencuri hak orang lain.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!