Memukau,mempesona!Lihat kulit hadapan sahaja membuat saya jatuh hati!Sungguh bersinar!Bukan main berkilat!Dari jauh sudah tahu itu adalah buku terbitan BLINK.

Lihat muka hadapannya sahaja sudah mencuri hati saya lalu dicampak jauh hingga ke planet Marikh.Inikan pula isi kandungannya sebanyak 10 bab.Tidak perlu terkejut,tidak perlu bimbang,harganya cuma RM10 di semenanjung dan Rm12 di Sabah dan Sarawak.

Buka halaman pertama sahaja membuatkan saya tidak sabar untuk menyelak halaman kedua dan seterusnya.Setebal 100 halaman,tidak perlu bimbang bagi yang rabun kerana saiz dan font tulisannya adalah sangat mudah dibaca.

Buku karya  Ain Maisarah dan Nur Khairiah ini menceritakan tentang Syaza dan Mawar.Dua permata cantik bersinar yang tidak sependapat berkenaan rawatan kecantikan moden atau tradisional.Syaza kekal dengan rawatan moden.Mawar pula pastilah teguh dengan petua tradisional.

Nama sahaja siri Lawan.Sudah pasti dan mestilah terdapat konflik diantara mereka berdua.Ibarat mi segera dan ramen!Sungguh jauh perwatakan mereka.Namun atas desakan guru,mereka terpaksa bersatu untuk membuat blog kecantikan sekolah.

Kepada gadis-gadis diluar,Jangan fikir dua kali mahupun seratus kali.Belilah buku ini untuk petua kecantikan anda kerana petua-petua moden atau tradisional turut disertakan di dalam buku ini.Pendek kata buku ini sangat menarik lagi membuatkan saya tertarik.Padat dengan info lagi penuh dengan cerita.


Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!