Nur Alia Irdina Rosdi

Misi Kira #2: Cabaran Infiniti

Saya memang pengikut siri Misi. Tidak kiralah komik ataupun novel. Jadi apabila mendapat tahu bahawa novel ini bakal terbit, memang sangat terujalah!

Novel ini adalah sekuel novel Misi Kira#1 : Pertandingan Matematik. Apabila membacanya, seakan tidak mahu berhenti. Terutamanya ketika bab-bab akhir. Saya adalah pembaca yang agak cerewet.Saya amat memilih dalam mencari bahan bacaan sebagai hiburan. Jadi, pada pendapat saya, novel ini memang tidak mengecewakan! 

Dalam pandangan saya, novel atau cerita yang baik perlu mempunyai pengakhiran yang tidak dijangka. Barulah unik dan menarik! Novel ini memang menepati ciri tersebut. Pendek kata, memang terbaik! Jadi kepada sesiapa yang sukakan kelainan di dalam pembacaan, saya sarankan novel ini kerana ia bukan sahaja menghiburkan malah mempunyai banyak isi tersirat yang harus dicontohi (jangan lupa yang turut ada komik pendek pada bab satu dan dua!).

Oh, ya. Terdapat juga soalan-soalan matematik yang mencabar jiwa dan raga! Jadi, bolehlah mengasah kemahiran berfikir aras tinggi. ;D.                                                                                               Bermain-main di tepi paya, Terlanggar pula pohon meninggi,                                 Di sini sahaja reviu saya,         Moga kita berjumpa lagi!

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!