Habib Sktbm

Misi Fizik

               Komik 'Misi 4 Flat' banyak inspirasi kepada pembacanya dalam kalangan kanak-kanak, remaja mahupun belia.Komik ini dihasilkan oleh dua adik beradik yang tidak asing lagi dalam dunia komik. Setiap halaman di dalam buku ini adalah berwarna yang dapat menarik pembaca untuk membeli buku ini.Harganya  hanya RM9.90 bagi Semenanjung Malaysia dan RM 10.90 bagi Sabah dan Sarawak.

             Komik ini mengisahkan tentang dua orang sahabat iaitu Mat dan Fizi yang sedang belajar di menara gading. Mereka sebagai mahasiswa menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk mengejar misi mereka iaitu mendapat '4 Flat' bagi mencapai cita-cita mereka .Fizi yang sangat baik dalam bidang fizik perlu mendapat '4 Flat' untuk menyertai Program Angkasawan Negara, namun dia agak lemah dalam subjek 'Induksi Matematik' . Tiada sesiapa yang pernah mendapat "A" dalam subjek itu. Mat pula terpaksa menghadapi seorang pensyarah islamfobik disebabkan kejadian 9/11 yang telah mengorbankan isteri dan seorang anaknya. Kebarangkalian 0% muslim yang lulus di kelas pensyarah tersebut. Komik ini menerangkan tentang tanggungjawab sebenar mahasiswa dan memupuk sikap- sikap yang perlu ditanam dalam diri setiap mahasiswa. komik ini juga memberi pendedahan tentang tips- tips semasa berada di universiti. Jalan ceritanya amat baik dan menimbulkan pelbagai perasaan yang dapat menjadikan kita sedar. Sesuai  untuk semua kalangan umur terutama untuk golongan belia.

Konklusinya, komik ini dapt memberi banyak manfaat kepada pembaca . Banyak isi dan iktibar yang dapat diperoleh daripada buku ini. Komik ini membantu pelajar dan bakal mahasiswa untuk membuat persediaan semasa di menara gading. Saya amat terinspirasi dengan komik ini. Belilah komik ini untuk merasakannya.


            

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!