Buku ini ditulis oleh blogger kegemaran saya iaitu Aman Wan!Pada mulanya saya terfikir sama ada novel ini benar-benar seram atau bercampur lawak.Apabila tiba di halaman 50,bulu roma saya sudah meremang apabila membaca kisah disebalik kerusi biru itu.

Ditambah pula,saya membaca pada waktu malam(walaupun baru pukul 8)memang seramnya tidak terkata.Saya suka novel seram kerana saya memang peminat novel seram seperti 'MrMidnight' dan 'Goosebump'.Tapi kesemua novel tersebut tidak memberikan impak seram seperti novel karya Abang Aman Wan! 

Jika diperhatikan sebaiknya,setiap gambar hantu ketika habisnya setiap bab 'bergerak'.Sekian saja Reviu saya untuk buku ini,saya berharap agar Abang Aman terus bekarya dan saya tidak sabar menunggu sambungan novel ini.Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!