Hai, hari ini saya akan membuat reviu buku seram yang....KEDUA! Buku ini adalah karya Kak Ain Maisarah dan Abang Aman Wan. Hasil karya mereka berdua amat menarik.

Pada mulanya, saya ingat buku ini tidak begitu menakutkan tetapi apabila membaca dengan lebih mendalam barulah meremang bulu roma. Apabila saya membaca bab 8- Sukanya dia! - muka surat 74, barulah rasa takut yang sangat-sangat dialami. Cerita ini memang terbaik kerana jalan cerita ini bermula dari tidak takut  kepada teramat-amat takut. *o*

Selain itu, buku ini juga memberi beberapa pengajaran kepada para pembaca. Contoh pengajaran yang telah dikemukakan adalah kita haruslah rajin membuat kerja dan kita juga mestilah tidak mengharapkan orang lain untuk melakukan kerja kita. 

MALAS! Itulah perkataan yang boleh diberikan kepada Nadiya Risa. Kerja semua tidak siap. Oleh itu, dia telah meminta bantuan daripada meja berkerusi biru tetapi 'Setiap Perintah, Ada Bayarannya!' Haa... mulalah Nadiya diganggu oleh entiti jahat. Itulah...malas sangat, tetapi Nadiya mula berubah sejak mula melihat perkara aneh berlaku. Kalau mahu, mengetahui apa yang akan terjadi  terhadap Nadiya, belilah buku ini. -^_^-

( saya masih tidak boleh mengambil gambar selfie ^-^)

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!