Assalamualaikum, ini merupakan buku terbitan Blink Book yang di mana novel dikarang oleh Ain Maisarah dan Azanil Fitri di mana buku ini menghimpun komik yang dilukis oleh Aman Wan. Kedua-duanya dalam satu BUKU yang dinamakan NOMIK! Sangat unik. Buku ini telah menarik minat adik saya yang sangat menggemari komik.

Saya membeli buku ini khas buat adik saya yang hanya membaca buku berilustrasi seperti komik! Tetapi tidak kepada novel kanak-kanak yang penuh dengan tulisan. Pada masa yang sama saya juga tertarik dengan konsep buku ini dengan cerita yang mencuit hati.

Buku ini menceritakan watak Bard Badzli dan Robita yang amat kelakar pada hari pertama persekolahan. Robita merupakan sebuah robot yang dicipta oleh Prof. Doriman. Oleh kerana Prof. Doriman dipanggil untuk menyertai K-PROP di luar negara, Robita terpaksa tinggal bersama Bard Badzli. Di situ mulalah pengembaraan Robita di alam persekolahan.  Robita terpaksa menyesuaikan diri di sekolah dan perlu menjadi seperti seorang manusia.

Saya bagi 5/5 Bintang bagi nomik ini kerana buku ini sangat menarik, ringan serta padat. Saudara-mara dan rakan-rakan juga menggemari buku ini! 

*From the picture, that's my brother, Hazim, 12. Since he didn't have Facebook account, I wrote the review from him. I hope this is acceptable smile

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!