Sebelum ini, saya selalu mengikuti nomik (novel + komik) bersiri Young Aisyah. Apabila terbitnya buku terbaharu Young Aisyah yang sepenuhnya komik iaitu Hari Kantin, itu memang satu kejutan besar buat saya. Sebaik buku ini terpasar di kedai buku, memang terus saya sambar laksana helang dan geroda!

Siri Young Aisyah memang tidak pernah mengecewakan! Komik setebal 123 muka surat ini memang padat dengan info-info. Trivia-trivia tentang cupcake yang dinyatakan memang buat saya ternganga lima saat. Fakta sains yang disebut pula buat saya terbuntang mata tidak percaya. Tip-tip ringkas yang tercatat buat saya teruja seketika. Kesemua asas pengetahuan yang terhimpun dapatlah dimanfaatkan oleh semua pembaca, seperti cara mengelak mata pedih ketika memotong bawang.

Adegan-adegan lucu pula? Oh, tidak perlu sebutlah! Hampir setiap babak dimanipulasi dengan kisah jenaka halus yang buat saya tersengih-sengih. Kepada yang punya masalah hendak meregangkan otot pipi, bolehlah ubatinya dengan membaca buku ini. Dijamin berkesan!

Dalam banyak-banyak babak, satu babak dalam muka surat 98 memang menyedarkan saya tentang sesuatu. Tentang kejujuran. Benar kata Aisyah Sofia, seandainya kita berterus terang, tiada sebab orang mahu naik angin kepada kita, bukan? Pada zaman kini, kehidupan manusia hanya dipenuhi dengan penipuan dan sandiwara semata-mata. Tidak kiralah usia berapa, unsur penipuan ini seakan-akan sudah sebati dalam diri. Ini sememangnya tidak patut disemai dalam diri!

Akhir kata, kepada yang suka memasak ataupun senang cerita, gemar makan, bolehlah dapatkan komik ini di pasaran! Pasti akan buat perut berkeroncong dan tidak mustahillah buat semua mengidam dambakan kek cawan manisan!

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!