Mohd Asyrafie Bin Sani

Komik-M: Misi Straight A

PEKOMIK BESTSELLER, AFIQ & NAZRY MEMPERSEMBAHKAN SIRI BESTSELLER KOMIK-M "MISI STRAIGHT A" 

Sebuah kompilasi @ himpunan 3 buah komik iaitu Misi 8A, Misi 10A dan Misi 10A Plus (tidak termasuk komik Misi 10A Finale). Yeah! Siri komik misi akhirnya mengeluarkan komik tebal dengan 400 muka surat sepenuhnya berwarna bagi menceriakan kehidupan pembaca komik tempatan (Malaysia). Teruskan membuat karya sebegini pada masa hadapan ya! smile

Apa yang menarik didalam komik misi straight A yang tebal ini? Terdapat komik eksklusif afiq & nazry, tip belajar cara afiq & nazry, kembara komik afiq & nazry dan banyak lagi yang pasti menawan hati pembaca. 

3 komik utama didalam komik tebal ini ialah misi 8A, misi 10A dan misi 10A plus. Misi 8A menceritakan tentang pertemuan dua sahabat iaitu Aizad dan Zahid dalam menempuhi peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah). Misi 10A menceritakan tentang Aizad dan Zahid yang kini bertemu semula. Cabaran kali ini amat sukar dan mereka memerlukan bantuan pakar. Hilang keyakinan? Putus asa? Semua itu satu ujian buat mereka yang bergelar pelajar. Misi 10A plus menceritakan tentang Zahid, Putera dan Mat menyertai pertandingan kuiz matematik manakala Aizad menyertai pertandingan silat. Berusaha demi menjadi yang terbaik. 

Lukisan pada komik "MISI STRAIGHT A" ini amat cantik dan mampu menarik minat pembaca. Jalan cerita yang penuh dengan motivasi pasti membuatkan pembaca komik ini mengambil iktibar untuk menjadi lebih baik dalam hidup mereka sama ada pelajar atau bukan. Kerana kita semua hidup adalah untuk belajar tidak semestinya kena pergi sekolah baru nak belajar kan?

- Watak Nasya mana? 

Komik "MISI STRAIGHT A" bukan buku komik yang menjamin anda mendapat A dalam peperiksaan. Jangan salah paham, komik ini sebenarnya cuma penunujuk arah untuk berjaya selebihnya kita sendiri kena berusaha sedaya upaya kita tanpa sesekali mengalah dan berputus asa dalam peperiksaan. Miskipun kita tidak mendapat 8A, 10A ataupun 10A plus itu tidak bermakna kita gagal. Kita sentiasa ada peluang untuk memperbaiki diri dan sekiranya keputusan masih rendah walaupun dengan berusaha, ingatlah mungkin ada hikmah semua itu terjadi. Mungkin dengan keputusan itu kita bakal mengubah dunia dengan cara lain yang lebih efisien. Kita tidak gagal, malahan kita mungkin jadi lebih baik dari sebelumnya. Yang penting adalah kita gagal mencuba, jangan gagal kerana malas belajar. Kalau berjaya dengan cara jahat (meniru) pun tidak baik juga kan? Berfikirlah kawan-kawanku semua.....

Komik "MISI STRAIGHT A" ini sangat bagus untuk dimiliki oleh para pelajar, ibubapa, dan yang semestinya buat pembaca komik sedunia. Komik yang sarat dengan nilai positif mampu memupuk sikap yang baik dalam diri pembaca. Dengan tema alam persekolahan pasti ramai yang terkenang akan zaman persekolahan dulu-dulu kan? ada manis, pahit, masam, tawar dan lain-lain lagi. Komik ini turut memaparkan kisah persahabatan dan percintaan yang membuatkan para pembaca sedar akan kepentingannya dalam hidup selain daripada belajar. Alam persekolahan hanya sekali, manfaatkan dengan sebaiknya. Jangan ada penyesalan kelak. Belajar berkawan. Belajar untuk peperiksaan. Belajar mengenal diri. Sekolah itu kilang, baik atau buruk bergantung pada ilmu guru dan ilmu pelajar. 

Harga untuk sebuah komik tebal berhalaman 400 ini hanya RM24.90 (semenanjung malaysia) & RM27.90 (Sabah/Sarawak). Mahal bukan? Jangan bimbang! Usah Risau! Anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan buku ini dengan harga lebih murah dengan membeli di kedai buku milik pts iaitu bookcafe.com.my. Potongan harga sehingga 50% untuk buku misi straight A dan buku-buku lain.


 "ULASAN KOMIK 2016 MISI STRAIGHT A OLEH ASYRAFIE"

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!