Nur Izatul Husna

Komik-M: Misi 4 Flat

Sebagai seorang pelajar wajib mengimpikan keputusan peperiksaan yang cemerlang gemilang terbilang. Tapi bagaimana? Melalui alat bantuan pemberi semangat dan keyakinan yakni komik-m berjudul MISI 4 FLAT, banyak tip dikongsikan oleh pembuat komik ini dan jalan cerita yang amat menarik. Untuk komik ini, saya amat tertarik dengan watak Prof. Afkar. Kenapa? Sebab beliau punya kata-kata membuka minda pelajar yang malas berusaha seperti saya. Kata-katanya menusuk ke kalbu tepat ke jantung! 

Setiap kali saya berasa malas mengulang kaji pelajaran dan peperiksaan akhir hampir tiba, saya akan baca komik ini. Nasihat teman sebilik tidak berguna walaupun mulut mereka berbuih menyuruh saya mengulang kaji. Hehehe. Bila belek komik ini, pergi ke halaman dialog Prof. Afkar, saya rasa seperti seorang anak yang menghancurkan harapan mak ayah di rumah. Rasa seperti tidak berguna untuk keluarga, masyarakat, agama dan negara. Disebabkan rasa itu, perasaan semangat untuk mengulang kaji berkobar-kobar. Berkobar-kobar sehingga saya memaksa rakan sebilik saya membaca komik ini. Ingin berkongsi rasa berapi-api saya. 

"Kadang, tulisan di kertas lebih kita turuti berbanding kata-kata daripada mulut." Ya. Saya akui. Impian Fizi dan Mat ingin mendapatkan CGPA 4.00 tidak mustahil walaupun banyak halangan dan rintangan yang melanda kerana berani menghadapi semuanya. Ketabahan, kemanusia, keberanian, persahabatan dan banyak sifat positif yang lain dapat diteladi menerusi komik ini. Dan alhamdulillah, saya mengikuti jejak langkah mereka walaupun CGPA tidak sama seperti mereka tetapi kalau dibundarkan dapatlah 4.00. Hehehe.

"Mahasiswa ada tanggungjawab dan amanah yang besar!" - Prof. Afkar

Demikian sahaja reviu daripada saya. Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang smile


Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!