Fatin Nadhirah

Komik-M: Misi 4 Flat

Assalamualaikum dan Hi. Saya Fatin Nadhirah. Sejujurnya , saya sangat meminati komik komik yang dihasilkan oleh Tuan Nazry dan Tuan Afiq.  Berbalik kepada kisah lama , saya mula jatuh cinta pandang pertama pada komik Misi 8A pada umur saya 13 tahun lagi dan sekarang saya sudah berumur 18 tahun dan sudah mempunyai semua koleksi Komik Tim Misi , alhamdulillah!  Saya masih ingat lagi Misi 8A saya hampir basah separuhnya kerana atap rumah saya bocor! Tapi kerana Misi 8A itu merupakan cinta pandang pertama saya ,saya sanggup saletip dengan gigihnya , sebab terlalu sayang. Hihihi.

Dan memandangkan saya sudah 18 tahun , di sini , Misi 4 Flat  sangat membantu dan memberi semangat saya untuk memberikan segala yang terbaik yang ada pada diri ini untuk masa hadapan yang lebih baik. Misi 4 Flat mengajar saya untuk tidak terburu buru untuk putus asa di atas segala tindakan yang saya lakukan seperti mana usaha Fizi tidak berputus asa sewaktu belajar dengan Professor Afkar dalam pelbagai keadaan dan cuaca sekalipun

Selain itu , Misi 4 Flat mengajar saya bahawa setiap perkara yang kita belajar bukan semata untuk mendapat CGPA yang tinggi mahupun A yang banyak. Tetapi setiap apa yang kita belajar ni  adalah untuk ilmu ,  untuk sekeliling kita dan paling pentingnya , niat itu , untuk Tuhan. Seperti Professor Afkar berkata dalam komik ini iaitu ' apabila kau kejar A , ilmu akan lari daripada kau. Kau kejar ilmu , A akan datang kejar kau '  membuka minda saya bahawa , apabila kita belajar seikhlasnya ,bukan setakat ilmu sahaja yang kita dapat , malah A yang kita akan dapat  itu juga merupakan bonus untuk kita.

Saya juga sangat suka babak di mana Depp berkata kepada Mat bahawa kita sebagai manusia ini sangat kaya dengan perasaan. Babak itu mengajar saya untuk bereaksi sejujurnya dan seikhlasnya dengan perasaan yang saya ada. Contohnya , apabila kita gembira , kita ketawa. Apabila kita sedih , kita menangis dan sebagainya.

Komik ini memberi inspirasi kepada saya , untuk menjadi lebih baik dan keluar daripada zon selesa saya selepas daripada zaman persekolahan. Komik ini juga memberi 1001 rasa dan semangat kepada saya untuk terus belajar walaupun pelbagai dugaan bakal ditempuhi  untuk berjaya sehingga ke menara gading.

Tips tips yang diselitkan juga sangat menarik dan membantu untuk saya terus hidup di alam universiti yang sangat mencabar fizikal dan mental.

Tidak rugi setiap ringgit yang dibelanjakan untuk komik ini. Terima kasih Tim Misi kerana menghasilkan komik hebat seperti ini dan tidak lupa kepada PTS kerana menerbitkan juga! 


Kepada semua peminat komik , tidak sia sia anda beli komik ini. Saya jamin!

Sekian , terima kasih.






Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!