KOMIK-M MEMPERSEMBAHKAN AKU, KAU & KOMIK (BUMPER)

ANTOLOGI SUPER KOMIK MALAYSIA!

Percuma Poster Kelas Komik-M dengan setiap pembelian komik Aku, Kau & Komik (Bumper) *yang baru bukan second hand

Mengandungi 14 komik pilihan terbaik!   Bumper = Tebal

Menampilkan komik-komik yang Eksklusif dan Segar daripada artis-artis komik-m seperti BEN WONG, AZHAR ABDULLAH, ASHKUN, ARDONE, BOPHAIRY, FONER, FADHLI HAMDAN, FROGGYPAPA, KAHER, MF KAMIL FAUZI, PAC, POYO, REJA & WAN NOR AZURA.

Lukisan didalam komik ini berbeza mengikut pelukis. Ia sebuah komik yang sangat berbeza dan amat sesuai dibaca santai sambil berehat-rehat pada hari minggu atau cuti sekolah. Mungkin apabila sekali pandang buku Aku, Kau & Komik (Bumper) ini mungkin biasa-biasa sahaja dan tidak ada apa yang istimewa dan menarik untuk dibeli serta dibaca. Namun kita silap sebenarnya. Setiap komik didalam buku ini ada message yang cuba disampaikan kepada pembaca terutama sekali bagi mereka-meraka yang memandang komik sebagai buku murahan yang mana hanya sesuai bagi mereka yang gagal ataupun hanya sebagai bahan bacaan kanak-kanak. Komik masa kini terutamanya komik keluaran "KOMIK-M" adalah berkualiti dan disyorkan oleh para guru-guru sekolah. Lagipun, komik-m ni mahal tau..

Komik adalah satu medium pembacaan yang menarik dan tidak membosankan untuk dibaca. Sesuai untuk setiap peringkat umur. Membaca komik boleh memupuk sifat suka membaca bahan bacaan seperti buku. Bagi yang tidak suka membaca buku, cuba anda baca komik-komik yang menarik bagi anda. Kemudian selepas sebulan, bukan setakat komik, malahan novel dan buku teks pun anda boleh baca tanpa bosan. Ia terbukti berkesan kepada sebilangan pembaca komik yang dikenali di Malaysia.

Komik Aku, Kau & Komik Bumper mempunyai sebanyak 200+ mukasurat hitam putih. Berharga RM 12.90 (Semenanjung Malaysia) & RM 14.90 (Sabah/Sarawak).  


"ULASAN KOMIK 2016 AKU, KAU & KOMIK [BUMPER] OLEH ASYRAFIE"

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!