Nuruddin Afiq

KOMIK-M MISI 10 A

Komik ini mengenai Zahid,seorang pelajar pintar.Apabila masuk ke sekolah baru(MRSM)markah peperiksaannya merosot akibat.Aizad iaitu sahabat baik Zahid,cuba menolongnya dan kembalikan dia seperti dahulu.

Komik ini mengajar erti persahabatan.Contohnya,Aizad 'mengajar' budak-budak yang sering membuli Zahid dan mendapatkan bantuan rakan-rakannya yang lain dalam mata pelajaran yang Zahid masih lemah.Selain itu,komik ini mengajar erti tidak berputus asa.Contohnya,selepas Zahid tidak diganggu lagi oleh pembuli-pembuli tersebut,Zahid berusaha bersunguh-sungguh dan berjaya mendapat 10A.

Di bahagian rehat komik ini pula memaparkan tip-tip belajar dan motivasi.Jalan cerita lukisan memang mantap tetapi santai sedikit berbanding Aviasi Fantasi.Halaman bewarna pula sesuai dijadikan tarikan kepada kanak-kanak.

Komik ini memang sesuai dibaca oleh semua orang lebih-lebih lagi pelajar sekolah menengah.Walaupun ada bahagian seperti cinta,ianya tidak memudaratkan kerana tiada unsur maksiat seperti couple.Apa-apapun,Komik ini memang terbaik! =)

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!