Reshma Rao

Hero VS Heroin

Hero vs Heroin merupakan satu Nomik (Novel+Komik). Ia merupakan Nomik pertama saya dan juga merupakan buku Blink Book pertama saya.

PS: Saya telah membeli buku ini semasa darjah 5 (sekarang tingkatan 1). ^-^

Novel Hero vs Heroin adalah karya Kak Ain Maisarah dan Abang Azanil Fitri manakala komik Hero vs Heroin adalah karya Abang Shamsinar Abu Hassan. Jalan cerita ini amat mencuit hati dan menyeronokkan. Illustrasi komiknya amat menakjubkan dan karakter-karakter yang dilukis amat comel!

Bukan itu sahaja, Nomik ini juga memberi beberapa pengajaran kepada saya, seperti baik hati, prihatin , kasih sayang dan bersyukur. Setakat ini sahaja, reviu saya pada kali ini. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca reviu saya ini.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!