Hai, semua peminat Blink Book. Kali ini saya telah memilih cerita seram. Boleh dikatakan cerita yang paling seram di dunialah. SERAM!!! ^O^

Cerita ini bertajuk 'Hantu Kutip Hutang' iaitu karya Kak Ain Maisarah dan Kak Eima Manan. Cerita ini mengisahkan seorang pelajar baharu Sekolah Sri Bali yang bernama Neeloma. Tanpa disangka, Neeloma telah dilantik sebagai seorang bendahari Kelab Supercef. Pada suatu hari,  wang yuran kelab yang bernilai RM 1500 telah hilang. Semua ahli terus menuduh Neeloma tanpa usul periksa. Ish...ish...ish, tidak patut. Ada juga yang mengatakan dia pecah amanah. Namun Neeloma menafikan tuduhan yang dilontarkan kepada dirinya tetapi tiada yang mempercayainya.

Oleh kerana, tidak mahu lebih banyak masalah yang menimbul, Neeloma membuat keputusan untuk meletak jawatan dan juga keluar dari Kelab Supercef. Kemudian digantikan wang yang telah hilang secara misteri itu. Sejak kejadian tersebut, kesemua ahli Kelab Supercef mula diganggu oleh hantu pengutip hutang sampai ada yang mati!   Brrr...menyeramkan.                             

Apabila hampir kesemua ahli kelab ditimpa musibah. Barulah pencuri wang telah mengaku perbuatannya kepada semua orang. Malangnya, pencuri ditinggalkan dengan kecacatan iaitu, menjadi buta. Pencuri tersebut telah pun menyesal akan perbuatannya dan meminta maaf kepada semua orang tetapi bagai 'nasi sudah menjadi bubur' kerana sudah buta.

Ha...pasti hampa semua mahu tahu siapa hantu pengutip hutang tersebut. JENG! JENG! JENG!  Hantu pengutip hutang itu merupakan mayat seorang gadis Cina yang telah dibunuh kerana berhutang. Sebenarnya, cerita ini boleh dikaitkan dengan kelas saya kerana bendahari kelas saya juga merupakan seorang gadis Cina dan semua orang malas mahu membayar duit kelas. Jangan...Jangan... nanti hantu pengutip hutang  datang!

Jadi, ingat jangan berhutang dan mencuri diut yang bukan hak kita. Nanti panggil hantu pengutip hutang baru tahu. HA! HA! HA!

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!