Dalam buku ini, saya memang terkejut apabila mengetahui kebenaran bahawa Anita cuma berlakon sahaja selama menjadi ahli koir. Rupanya, bukan dia yang menyanyi! Belum selesai masalah Anita yang berpura-pura kononnya suaranya hilang, ahli nasyid pula yang terpilih menjadi ganti. Nasyid dan koir, kedua-duannya melibatkan nyanyian, namun tetap tidak boleh sekepala. Ada sahaja yang mahu dibanding-bandingkan. Inikan pula mahu diajak bekerjasama, memang perang besarlah jawabnya! Anita pula, masih dengan lakonannya. Sungguh menyusahkan. Buku ini telah mengajar saya supaya bersikap jujur kerana apabila tidak jujur, banyak masalah yang akan menimpa. Namun dalam buku ini, bukan sahaja mempersembahkan cerita tentang perlawanan antara nasyid dan koir semata-mata. Buku ini juga memasukkan kisah Bettylina, ketua majalah buletin yang tergugat kedudukannya apabila terpaksa bersaing dengan Wilma, senior yang sangat kejam, gila popular dan obses dengan The Wannababes. Kalau boleh, satu buletin itu mahu dipenuhinya dengan kisah-kisah dan gambar-gambar The Wannababes, kumpulan gadis popular dan berpengaruh di Sri Bangsar. Namun akhirnya, tindakan itu telah memakan dirinya sendiri apabila Betty tidak senang-senang sahaja berputus asa memberi kedudukan itu kepada Wilma. Memang berbagai perasaan bercampur-baur apabila membaca buku ini.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!