Buku yang berjudul Cikgu Paling Berhantu ini merupakan siri kelima bagi Gosip Sri Bangsar.Buku ini ditulis oleh Ain Maisarah dan Eima Manan.Reka bentuk kulit pula direka oleh Azmi.Buku yang diterbitkan oleh BLINK BOOK SDN BHD ini mempunyai 239 muka surat.

Buku ini mengisahkan tentang Wilma yang ingin merampas kuasa buletin Sri Bangsar daripada Betty menggunakan peluangnya.Iaitu sempena Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei.Apakah yang akan ditulis oleh Wilma dan Betty serta rakan- rakannya?

Ketika Wilma melakukan perbuatan jahatnya,dia tidak menyedari bahawa setiap perbuatannya itu dilihat.Dia jugamengetahui segala rahsia Wilma dari a hingga z.Wilma juga selalu bertembung dengan guru misteri yang sentiasa memakai baju seraba putih dan bermuka pucat.

Adakah pengintip rahsia kejahatan Wilma dan guru misteri itu orang yang sama?Benarkah guru misteri itu sebenarnya hantu?Siapakah sebenarnya guru misteri itu? Ikuti kisah selanjutnya dalam novel Guru Paling Berhantu.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!