Assalamualaikum semua. Saya memilih buku bertajuk " DETEKTIF YAYA DAM PENUNGGU GUNUNG EMBUN " sebagai buku pilihan saya untuk dijadikan reviu. Masakan tidak, buku ini sangat sesuai untuk semua golongan terutama golongan remaja dan kanak-kanak. Buku setebal 170 ms ini merupakan sebuah siri nomik spin-off daripada animasi Boboiboy yang menjadi trend kegilaan kanak-kanak masa kini. Cerita dimulai dengan misteri dua orang renjer hutan yang dikejar dengan sebuah lembaga bermata merah. Apakah identiti makhluk tersebut? Adakah entiti itu melukai renjer hutan yang dikejar? Nomik ini kemudiannya mengalihkan fokus pembaca kepada situasi di SK Pulau Rintis di mana Yaya dan rakan-rakannya dikehendaki untuk lulus dengan cemerlang dalam ujian yang mereka akan duduki agar membolehkan mereka menyertai perkhemahan ke Gunung Embun yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Plot cerita ini mulai berkembang apabila Yaya dan rakan-rakannya tiba di Gunung Embun setelah keputusan ujian mereka menunjukkan prestasi yang membanggakan. Namun begitu, seorang daripada mereka tidak dapat menyertai perkhemahan tersebut. Siapakah dia? Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang mereka berada di sana. Perasaan suspen mula muncul apabila secara tiba-tiba satu persatu barang kepunyaan rakan-rakan Yaya mulai hilang termasuklah koleksi pin Yaya. Klimaks cerita ini adalah apabila Suzy iaitu rakan sekelas Yaya mula hilang apabila mereka melakukan aktiviti menangkap ikan di sungai. Ke manakah Suzy pergi? Pencarian Suzy merupakan suatu cabaran buat Yaya walaupun dia merupakan seorang superhero kerana ribut lebat melanda kawasan pergunungan itu. Yaya akhirnya menemui Suzy sedang menangis keseorangan di bawah sebuah pokok. Keadaan kaki Suzy yang terseliuh telah menyukarkan proses untuk mereka kembali ke tapak perkhemahan. Mereka telah dibantu oleh Si Jambu ketika menghadapi keadaan ribut di hutan tersebut. Menuju ke plot terakhir, mereka berdua dijumpai oleh Cikgu Rakesh dan rakan-rakan mereka yang lain. Siapakah si Jambu?  Ke mana mereka mendapatkan perlindungan? Nomik ini amat disarankan kepada semua golongan muda atau tua kerana pelbagai mesej dapat kita lihat melalui nomik ini. Unsur humor juga tidak dilupakan dengan adanya watak Cikgu Papa. Nomik yang sarat dengan pengajaran terutamanya pada nilai persahabatan ini perlulah berada di rak buku setiap rumah dan perpustakaan. Reviu yang saya tulis ini penuh dengan persoalan kerana saya mahu anda membaca dan merasai sendiri pengalaman Yaya dan rakan-rakannya. Dengan membaca nomik ini, maka, anda akan dapat setiap jawapan pada setiap persoalan yang saya kemukakan. Selamat membaca!  Terima kasih

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!