TAJUK: AKU MAHU SUPER BODYGUARD

PENULIS: AIN MAISARAH & AMAN WAN

“Aku mahu super bodyguard” adalah satu lagi novel bagi Siri Aku Mahu di bawah terbitan Blink Book Sdn Bhd yang diedarkan oleh pihak PTS Media Group.Apabila melihat saja kulit buku ini saya sendiri sudah dapat merasakan kelainan dan keunikkan novel ini.Ternyata telahan saya benar belaka.Novel yang ditulis oleh penulis terkenal tanah air iaitu Ain Maisarah bersama Aman Wan kali ini mengetengahkan isu semasa yang sangat menarik iaitu tentang isu ragut dan budaya buli di sekolah.

Di dalam siri “Aku Mahu Super Bodyguard” ini penulis memperlihatkan usaha kumpulan The Wannababes iaitu sebuah kumpulan pelajar paling popular di Sekolah Sri Bangsar untuk melindungi mereka daripada ancaman peragut. Kumpulan The Wannababes mula memikirkan idea-idea yang pelik dalam usaha menjaga reputasi dan keselamatan mereka hinggalah ke tahap membuli pelajar lain demi kepentingan kumpulan mereka. 

Mereka akhirnya sepakat mengupah bodyguard untuk menjaga keselamatan mereka. Mereka bimbang akan tercedera, reputasi kumpulan mereka merudum dan keselamatan mereka terancam. Usaha ahli kumpulan The Wannababes dalam mencari dan mendapatkan super bodyguard ini telah membawa mereka mengalami pelbagai pengalaman yang menarik, lucu dan sedih. Bahkan pada pandangan saya penulis juga berjaya mengolah beberapa babak aksi di dalam novel ini dengan baik. Penulis juga berjaya menyuntik elemen suspen di dalam novel ini yang bakal membuatkan pembaca tertanya-tanya.Paling penting penulis berjaya menghidupkan semua watak dengan baik dan saya yakin para pembaca turut akan dapat merasai perasaan bodyguard upahan yang semakin tertekan dengan sikap ahli kumpulan The Wannababes yang langsung tidak masuk akal.Penutup cerita juga tidak kurang hebatnya.Segala persoalan terjawab dengan baik diakhir cerita.

Walaupun novel ini kelihatan santai hakikatnya terdapat pelbagai pengajaran yang ingin penulis kongsi antaranya ialah kita tidak boleh menggunakan orang lain atau dalam erti kata lain membuli untuk kepentingan diri.Selain itu, kita tidak boleh bersikap penting diri dan sentiasa menjaga tali persahabatan.Kita juga perlu ingat bahawa kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa ada di saat kita jatuh dan bangun.Di samping itu, kita juga perlu lebih berhati-hati dan berfikir dahulu sebelum bertindak atau membuat sebarang keputusan.Kita juga jangan membiarkan orang lain mengambil kesempatan ke atas diri kita.

Pada pandangan saya, “Aku Mahu Super Bodyguard” ini sangat menarik dan sesuai dibaca oleh para pelajar terutamanya para pelajar sekolah menengah kerana kisahnya yang bukan sahaja menarik tetapi sarat dengan nasihat dan pedoman untuk para pelajar dewasa ini.

Tetapi ada sesuatu yang perlu anda risau apabila anda sudah mula membaca siri Aku Mahu.Tahap ingin tahu anda makin tinggi dan keinginan anda untuk memiliki semua novel di dalam siri ini makin memuncak.Hal ini disebabkan oleh kebanyakkan watak-watak di dalam novel ini terdapat di dalam Siri Aku Mahu yang lain. Hal ini terjadi kerana setiap novel di bawah siri ini saling berkait rapat. Jadi jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel Aku Mahu Super Bodyguard dan juga buku-buku yang lain di dalam siri Aku Mahu.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!