Hai, semua peminat Blink Book di luar sana ataupun lebih mesra dipanggil Blinkers (termasuk saya). Salah satu pilihan buku untuk direviu pada hari ini adalah karya Kak Ain Maisarah dan Abang Aman Wan, iaitu 'Aku Mahu Super Bodyguard'. YEAH!!!

Saya telah memilih buku ini kerana ia amat bermakna kepada saya. Hal ini kerana, terdapat pelbagai pengajaran yang telah dikemukan di dalamnya seperti harga diri, persahabatan, kasih sayang dan banyak lagilah. Kalau disenaraikan kesemuanya mesti reviu ini panjang berjela-jela(walaupun memang sudah panjang). Sebenarnya... saya pernah menangis semasa membaca buku ini kerana terharu melihat begitu eratnya persahabatan Afiqah dengan sepupunya, Juliana.

Mesti hampa semua tertunggu-tunggu sinopsis cerita ini, bukan? Ha... baiklah. Cerita ini bermula apabila kejadian ragut berlaku di Sekolah Sri Bangsar. Pada masa yang sama, kumpulan pelajar paling popular (paling gedik) iaitu The Wannababes mula ketakutan. Maka The Wannababes membuat keputusan untuk mengadakan seorang pengawal peribadi. Afiqah si Juara Taekwondo terpaksa pula menjadi pengawal peribadi kepada The Wannababes. Setelah itu, hubungan Afiqah dan Juliana mula renggang dan pudar. Saya juga telah menangis pada babak ini. Hehehe...-^_^-.

Hampa mesti terfikir-fikir kenapa saya selalu menangis terutamanya pada babak persahabatan. Pelik, bukan? Habislah kering-kontang! Ini jawapannya, semua orang mempunyai kawan untuk bermain, belajar dan beramah-mesra bersama. Itu juga sama dengan Afiqah dan Juliana, tetapi yang amat mengedihkan saya adalah persahabatan mereka telah terjalin semasa kecil lagi dan untuk melihat persahabatan mereka mula menjadi pudar, siapa yang tidak menangis? (mungkin saya seorang sahaja). Perasaan geram juga dirasai apabila The Wannababes mula tergedik-gedik. Boleh sahaja memicit-micit pipi ketujuh-tujuh gadis tersebut. Tuntasnya, buku ini boleh dikatakan amat menyeronokkan dan berfaedah. Membaca sambil mendapat mengajaran. Terbaiklah!

Setakat itu sahaja untuk reviu ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca reviu saya walaupun kelihatan pelik sedikit.*o* 


Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!