Assalamualaikum, salam membaca saya ucapkan.

Novel Aku Mahu Super Bodyguard ini diterbitkan oleh Blink Book Sdn. Bhd. pada tahun 2016. Novel bertemakan persahabatan ini ditulis oleh penulis terkenal, Ain Maisarah dan pelukis komik Lawak Sekolah serta vlogger terkenal, AmanWan.

Menyentuh tentang isu semasa, penulis ini bijak menjadikan kes ragut sebagai pencetus konflik dalam novel ini.

The Wannababes, salah satu watak utama dalam novel ini sangat bimbang akan keselamatan mereka. Bagaimana jika tercedera? Mungkinkah hilang nyawa ataupun pipi terseret sehingga terkeluar daging?

Memikirkan keselamatan yang kian terancam, The Wannababes mengambil keputusan untuk mengupah pengawal peribadi yang gagah perkasa dan kacak menggoda. Namun atas beberapa kekangan pengawal peribadi itu terpaksa dipecat.

Afiqah, iaitu si Juara Taekwando ditawarkan menjadi pengawal peribadi The Wannababes. Afiqah berkeras tidak mahu terlibat lansung dengan kumpulan perempuan gedik seperti sotong tak cukup air itu.

Seperti kebiasaan The Wannababes, mereka merancang muslihat untuk memastikan Afiqah bersetuju juga. Biarlah terpaksa bersusah sedikit, terpaksa mengorbankan ribu-ribu duit mahupun mengorbankan beg jenama LV, asalkan dapat apa yang dimahukan.

Pap! Terasa ada batu menghempap tatkala Afiqah diperangkap supaya bersetuju menjadi pengawal mereka.

Mampukah Afiqah bertahan dengan kerenah gedik mereka? Ataupun kecundang di pertengahan jalan?

Dapatkan novel ini dan rasai pengalaman si Juara Taekwando menjadi super bodyguard kepada superdiva, supergedik dan supermengada ini!

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!