Musyirah Mohd Razali

Aku Mahu Super Bodyguard

Fasha terkejut tahap maksima dengan respons Afiqah. Gadis kaya itu jadi terkedu tiba-tiba. Afiqah pula kekal dengan wajah selamba. "Saya sudah tidak peduli dan tidak akan takut pada awal lagi, Fasha. Selama ini saya cuba memahami siapa diri awak yang sebenarnya. Namun sering sahaja diri saya ini dianggap sampah. Kini, saya sudah sedia mengambil kembali kebebasan diri walau dengan apa cara sekalipun!"

Itulah antara dialog buku Aku Mahu Super Bodyguard.

Buku Aku Mahu Super Bodyguard berkisar tentang Afiqah iaitu ketua kelab Taekwondo di Sri Bangsar. Afiqah mempunyai dua orang kawan baik dan setia iaitu Firdi dan Juliana. Tiba-tiba, kejadian ragut terjadi di Sekolah Menengah Sri Bangsar. The Wannababes pula makin ketakutan kerana takut diri mereka diragut.

Pada suatu hari, Afiqah dan Firdi sedang menjalani latihan Taekwondo sambil ditemani Juliana. Tiba-tiba, The Wannababes datang tanpa diundang dan memaksa Afiqah supaya menjadi Super Bodyguard mereka. Afiqah terpaksa mengalah kerana dituduh telah mengoyakkan beg berjenama milik Fasha. Sejak menjadi bodyguard The Wannababes, hubungan Afiqah, Firdi dan Juliana tidak rapat seperti dahulu kerana Afiqah perlu mengikut The Wannababes ke mana sahaja mereka pergi.

Akhirnya, Afiqah tekad untuk mengambil kebebasan. Ketika dia dan Fasha sibuk bertekak, seorang peragut datang menghampiri mereka dan Afiqah telah menjadi Super Bodyguard yang berjaya kerana telah menyelamatkan Fasha dari menjadi mangsa ragut. Selepas itu, hubungan antara Afiqah dan dua sahabat baiknya, Firdi dan Juliana menjadi rapat semula.

Buku Aku Mahu Super Bodyguard ini sangat menarik dan memberi pengajaran yang bermakna kepada para pembaca. 

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!