Farazilla Ridwan

Aku Mahu Seoul Mate

Saya sangat suka buku yang bertajuk Aku Mahu Seoul Mate kerana banyak pengajaran yang dapat saya perolehi. Antaranya ialah kita mestilah membantu rakan kita yang dalam kesusahan seperti Farah dan Ina. Kita juga mestilah sedar akan kesilapan diri kita sendiri. Seterusnya, kita haruslah mendengar nasihat daripada ibu bapa kita seperti Ina mendengar nasihat daripada ibunya, Puan Mastura sebelum berangkat ke Seoul. Selain itu juga, saya sekaligus dapat merasakan seperti berada di bumi Seoul, Korea Selatan kerana di dalam buku tersebut banyak menceritakan tentang negeri itu. Ia juga dapat menambahkan ilmu saya kerana di dalam buku tersebut terdapat beberapa perkataan korea yang belum pernah saya ketahui. Kesimpulannya, saya amat menyukai buku Aku Mahu Seoul Mate kerana jalan cerita yang menarik, ilmu yang berfaedah dan dapat menambahkan lagi koleksi buku PTS saya.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!