Buku novel ' Aku Mahu Seoul Mate' telah dihasilkan oleh dua orang penulis yang cantik manis bernama Ain Maisarah dan Rashiela Nurain. Temanya berkaitan tentang Persahabatan.

Buku ini telah menarik minat saya untuk menghayati sepenuh tentang ceritanya. Buku ini juga saya boleh mengenali semua watak-wataknya dan artis korea yang selama ini saya minati.

Buku 'Aku Mahu Seoul Mate' mengisahkan demam kpop yang melanda Sri Bangsar. Sekolah tersebut telah menganjurkan pertandingan yang menawarkan tiket ke Korea. Pelajar bernama Shazarina di kenali sebagai Ina berjaya memenangi dan slogannya menarik hati juri. Namun seorang lagi pemenangnya merupakan musuh ketatnya iaitu Fazura, Ahli The Wannababes.

Babak yang meninggalkan kesan bagi saya ialah apabila Fazura menelefon bibiknya dan menerima satu berita menyedihkan tentang kehilangan ibu dan bapanya. Fazura terdiam dan terpaku hanya satu perkataan di sebut iaitu 'Ina'. Mereka berpelukkan dan hanya mampu berdoa. Dari situ saya dapat menghayati mendalam perasaan Fazura yang kehilangan orang yang tersayang.

Akhirnya Ina dan Fazura berbaik dan terus berhubung sehingga kini. Banyak peristiwa dan kenangan yang Ina dan Fazura alami semasa di sana.

Penganjaran yang saya perolehi buku ini ialah tolong menolong dan selalu ada bersama walau apa pun masalah yang dihadapi. Erti persahabatan amat penting. Buku ini wajar untuk di baca kerana lengkap dengan semua pengajaran dan dapat menghayati seluruh ceritanya

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!