Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kak Ain Maisarah dan abang Haziq Ridzuan kerana telah menerbitkan buku yang sangat menarik perhatian saya. Saya ingin review atau dipanggil mengulas ialah buku daripada terbitan Blink Book iaitu Aku Mahu Jadi The Wannababes. Saya telah berusaha untuk membuat ulasan yang terbaik mungkin ada kata kata yang tersalah digunakan. 

Terkejut beruk apabila ahli The Wannababes mendapat tahu bahawa Shasha salah seorang daripada ahli The Wannababes akan bertukar sekolah ke Vietnam selama beberapa bulan. Namun Fasha mencadangkan mahu mencari ahli sementara bagi menggantikan Shasha didalam kumpulan The Wannababes. Dalam mencari ahli baru The Wannababes mereka menemui seseorang yang cantik, bergaya, kaya dan sama taraf berpangkat Dato ' iaitu Izrina Amanda binti Dato' Megat Tuah atau panggilan manjanya Rina. Kesemua ahli The Wannababes bersetuju mahu memasukkan Rina kedalam kumpulan The Wannababes tetapi Fazura seorang sahaja yang masih tidak berpuas hati dan dia merasakan sesuatu yang mencurigakan tentang latar belakang Rina disampaikan Fazura dibuang daripada kumpulan The Wannababes atas kedengkiannya dan tidak kepuasan hatinya kepada Rina. Walaupun Fazura dibuang daripada kumpulan The Wannababes dan dijadikan bahan gosip di sekolah Sri Bangsar Fazura masih tidak berputus asa untuk membuktikan bahawa ada yang mencurigakan diantara latar belakang Rina. Semakin lama semakin selesa Rina bersama dengan The Wannababes. Tetapi Rina mempunyai udang di sebalik batu iaitu rancangan jahatnya untuk menjadi ahli tetap The Wannababes dan untuk menjadi ketua The Wannababes. Setelah Fazura berusaha untuk menyelidik latar belakang Rina, akhirnya Fazura berjaya membongkar rahsia Rina iaitu Rina bukanlah anak yang berpangkat Dato ' malah ibu dan ayahnya yang sebenar adalah majikan kepada Dato'  Megat Tuah. Rina juga bukanlah mempunyai rupa paras yang cantik malah Rina mempunyai rupa paras yang hodoh, rupa parasnya menjadi cantik kerana atas pembedahan plastik untuk memasuki kumpulan The Wannababes. Setelah kesemua ahli The Wannababes mendapat tahu bahawa Rina telah menipu mereka, mereka terus membalas dendam dan meminta maaf kepada Fazura kerana tidak mempercayai kata-katanya sebelum ini. Tiba-tiba kesemua ahli The Wannababes terkejut apabila Shasha berada di depan mata mereka. Shasha memberitahu bahawa dia hendak pulang awal untuk berjumpa mereka. Mereka sangat gembira kerana dapat bersama semula and one of the most important thing is always remember The Great The Wannababes. Best friend forever and ever. 

Sekian. Love reading forever.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!