Mohamad Shahrir Shamim

Aku Mahu Jadi The Wannababes

    Assalamualaikum kawan-kawan! Hari ini saya mahu berkongsi oleh syarikat Blink Book SDN BHD dan di karang oleh Ain Maisarah dan Haziq Ridzuan. The Wannbabes ialah kumpulan anak dara terlajak reviu mengenai novel Aku Mahu Jadi The Wannababes yang diterbitkan gedik yang diketuai oleh Fasharina binti Tan Sri Hisham. Dianggotai oleh enam anak-anak orang kaya iaitu Nur Shasha binti Dato' Saidini, Nur Diana binti Naimi, Nana Ilyana binti Yusman, Fazura Hazura binti Hazim, Siti Sazzy Atul binti Abidin dan Siti Nurlinda binti Ratfar.

       Kisah bermula apabila salah seorang dari ahli The Wannababes iaitu Nur Shasha binti Dato' Saidini perlu menyertai program pertukaran pelajar ke Vietnam. Semua ahli The Wannababes tidak keruan apabila kehilangan rakan setia. Ketua The Wannababes, Fasha memutuskan untuk mencari seorang lagi ahli untuk menggantikan tempat Shasha.

       Dalam ramai ramai, hanya empat pemohon sahaja yang Berjaya ke peringkat akhir. Mereka ialah Ezra Fazrirah binti Hamdan, Natasha Nurshilla binti Ahmad Fuad, Zahara Ziya binti Dahlan dan Izrina Amanda binti Dato Megat Tuah. Hanya Izrina Amanda yang telah dipilih menjadi ahli terbaru The Wannababes. Namun, pasti ada muslihat disebalik itu.

       Fazura berasa tidak selesa dengan ahli baru itu. Fazura telah merungkai segalanya tentang Rina. Sebenarnya, Rina sebenarnya ialah anak tukang cuci pinggan dibakeri paling terkenal di Malaysia, Secret Ingredients. Rina sebenarnya telah menghadapi kemalangan yang disebabkan oleh Dato Megat Tuah. Sebagai ganti rugi, Dato Megat Tuah telah membiayai belanja untuk pembedahan plastik Rina.

          Muka sebelum pembedahan plastik Rina sangat buruk itu telah di tampal di keseluruhan sekolah. Di tandas, tangga, blilik guru, semuanya sudah ditampal! Akhirnya, setelah Shasha pulang, The Wannababes telas menghukum Rina kerana menipu mereka selama ini. Dan The Wannababes bergabung semula menjadi The Great The Wannababes.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!