Adib Kamaruddin

Aku Mahu Diari Pink

Ringkasan:                                       Buku ini mengisahkan kisah seorang gadis 'bimbo', bernama Ezra Fazrirah yang kehilangan diari merah jambu kesayangannya yang diberi nama Pinky Pink dan disyaki tertukar dengan diari lusuh milik seorang pembunuh bersiri yang sangat kejam. Pelbagai adegan yang suspen dan mencuit hati berlaku sepanjang pencarian Ezra bersama rakin karibnya, Kisha dalam mencari diari 'pink' miliknya sehingga akhirnya dia mendapati bahawa diarinya hanyalah tertukar dengan seorang wartawan berita yang menyiasat kes pembunuhan.

Buku yang dikarang oleh penulis 'bestseller', Ain Maisarah bersama Alam Anuar ini sangat menarik minat saya kerana walaupun ia sarat dengan unsur suspen dan mendebarkan, ianya turut terselit unsur-unsur kegedikan yang dibawa oleh watak Ezra dan Kisha yang sangat menggelikan hati. Buku ini juga turut memberi banyak pengajaran seperti kita hendaklah sentiasa berdoa kepada tuhan apabila kita ditimpa musibah dan janganlah membuat keputusan terburu- buru sebelum menyiasat sesuatu perkara. So, 'don't judge a diary by its cover wink '. That's all from me...

From: Adib Kamaruddin


Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!